Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

THR GEGAR

Permata Pantai Timur

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

THR GEGAR

Permata Pantai Timur

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

THR GEGAR

Permata Pantai Timur

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

HITZ Segmen Terkini

THR GEGAR

Permata Pantai Timur

← Back to list

Fasa pemulihan COVID-19 berterusan

Apr 28, 2020


Fasa pemulihan COVID-19 berterusan

Foto - Kementerian Kesihatan Malaysia

Malaysia meneruskan fasa pemulihan COVID-19 apabila seramai 75 pesakit direkodkan sembuh hari ini, dua kali ganda berbanding bilangan kes jangkitan baru.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, berkata pertambahan bilangan pesakit sembuh sepenuh serta dibenarkan pulang itu menjadikan jumlah kumulatifnya mencecah 4,032 kes, setakat ini.

Terdapat 31 jangkitan baru dilaporkan dengan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 5,851 kes serta satu kematian, menjadikan 100 korban keseluruhan.

-----

SOP zon hijau dijangka minggu depan

Foto - Bernama

Majlis Keselamatan Negara sedang memperhalusi SOP lebih lengkap untuk zon hijau sekiranya kerajaan memutuskan untuk memberi kelonggaran kepada kawasan terbabit.

Kerajaan sedar ada beberapa kawasan yang sudah diisytiharkan sebagai zon hijau namun jika diberi kelonggaran, penduduk tetap perlu mematuhi SOP berkenaan.

Menteri Kanan (Keselamatan), Dato' Sri Ismail Sabri Yaakob berkata, pihaknya sedang mendapatkan input daripada semua kementerian dan SOP itu dijangka dimuktamadkan minggu depan.

-----

KPT sediakan Sistem Maklumat Pergerakan Pulang Pelajar

Foto - UiTM Media Rasmi

Kementerian Pengajian Tinggi telah menyediakan perkhidmatan Sistem Maklumat Pergerakan Pulang Pelajar Pendidikan Tinggi.

Sistem maklumat ini akan menjadi rujukan utama berkenaan usaha pergerakan pelajar IPT di seluruh negara.

Para pelajar yang bercadang untuk pulang, yang telah memohon serta yang telah sampai ke destinasi diminta mengisi maklumat mereka melalui pautan https://iptpulang.malaysia.gov.my.


Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di THR Gegar pada waktu-waktu berikut:

Isnin - Khamis

7:00am, 8:00am, 9:00am
12:00pm, 6:00pm

Jumaat - Sabtu

10:00am
12:00pm, 1:00pm

Ahad

7:00am. 8:00am, 11:00am
1:00pm
 

Cuaca

 

 

Ads With Us Ads With Us Ads With Us