← Back to list
Waktu Operasi LRT, MRT & Monorail Mungkin Dikaji Semula.
May 16, 2023

Waktu Perkhidmatan LRT, MRT dan Monorail Dikaji Semula.
Prasarana mungkin akan kaji semula waktu perkhidmatan LRT, MRT dan Monorail.
Menteri Pengangkutan berkata ia bagi membolehkan Prasarana melaksanakan kerja-kerja penyelenggaraan bagi mengurangkan risiko perkhidmatan itu alami masalah pada masa akan datang.
Anthony Loke menjelaskan jika langkah tersebut diambil, perkhidmatan tren akan ditamatkan lebih awal 30 minit hingga sejam setiap hari.
Pengumuman akan dibuat lebih awal jika berlakunya sebarang perubahan terhadap waktu perkhidmatan tren tersebut.
Fungsi My Sejahtera Diperluaskan.
Aplikasi My Sejahtera diperluaskan lagi fungsinya kepada orang ramai.
Terbaru, Jabatan Kesihatan berkata orang ramai boleh buat janji temu secara online untuk perkhidmatan kesihatan pergigian, mulai semalam.
Ia memudahkan pengguna untuk menempah slot waktu yang sesuai dengan kelapangan masing-masing.
Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di THR Gegar pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Khamis
7:00am, 8:00am, 9:00am
12:00pm, 6:00pm
Jumaat - Sabtu
10:00am
12:00pm, 1:00pm
Ahad
7:00am. 8:00am, 11:00am
1:00pm
Cuaca