Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

GEGAR

Permata Pantai Timur

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

GEGAR

Permata Pantai Timur

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

GEGAR

Permata Pantai Timur

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

HITZ Segmen Terkini

GEGAR

Permata Pantai Timur

← Back to list

Harga Telur Ayam Turun

Jun 17, 2024


Perdana Menteri mengumumkan harga runcit bagi telur ayam di seluruh negara diturunkan 3 sen sebiji, berkuat kuasa hari ini.

Ujar Datuk Seri Anwar Ibrahim, ia menyaksikan harga runcit bagi telur ayam gred A, B dan C di pasaran masing-masing menjadi 42 sen, 40 sen dan 38 sen sebiji.  

Harga runcit bagi telur di Sabah, Sarawak dan Labuan juga akan diselaraskan mengikut bahagian dan zon yang diwartakan. 

Ia selaras usaha mengembalikan hasil penjimatan penyasaran subsidi kepada rakyat. 

---  

Gabungan Persatuan Pengusaha Bas Sekolah Malaysia tidak bercadang menaikkan tambang bas sekolah sehingga berakhir sesi persekolahan tahun ini. 

Ini memandangkan pengusaha bas sekolah masih terima subsidi diesel di bawah sistem sasaran yang baru diperkenalkan meskipun perlu tampung kenaikan kos untuk alat ganti. 

Baru-baru ini Kementerian Pengangkutan tegaskan kenaikan tambang bas sekolah tidak seharusnya berlaku kerana pengusaha masih terima subsidi diesel.  

---  

Hampir 3,900 nahas jalan raya direkodkan di seluruh negara dalam tempoh 2 hari Ops Lancar sempena Aidiladha mengakibatkan 34 maut.  

Manakala lebih 91,000 kenderaan guna LPT2 sepanjang 2 hari pelaksanaan operasi itu.  

Menurut Polis Terengganu, kenderaan bertambah antara 40 hingga 60 peratus berbanding pada hari biasa namun aliran trafik masih lancar. 

--- 

Polis sudah tahan lelaki dipercayai dalang sindiket mengeluarkan wang tunai lebih RM24 juta daripada beberapa akaun simpanan.  

Bukit Aman memaklumkan Berita Harian, pihaknya percaya lebih ramai terbabit dengan pakatan jenayah itu dan pihaknya sedang menjejaki mereka. 

Ia terbongkar selepas polis terima 4 laporan berkaitan kehilangan wang dari akaun simpanan tetap di Petaling Jaya awal bulan ini. 


Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di THR Gegar pada waktu-waktu berikut:

Isnin - Khamis

7:00am, 8:00am, 9:00am
12:00pm, 6:00pm

Jumaat - Sabtu

10:00am
12:00pm, 1:00pm

Ahad

7:00am. 8:00am, 11:00am
1:00pm
 

Cuaca