← Back to list
Fasa kedua PADU akan dibuka - Rafizi
Jul 02, 2024
Kerajaan akan buka semula sistem pendaftaran Pangkalan Data Utama, PADU di bawah fasa kedua.
Ia bagi membolehkan individu yang belum mendaftar dapat mengemas kini maklumat masing-masing mengikut tempoh yang akan ditetapkan.
Dalam pada itu, semua pihak diminta beri kerjasama dalam meningkatkan kesedaran rakyat akan kepentingan penggunaan data PADU.
__
Pihak berkuasa tempatan Sabah diarahkan untuk mengambil langkah-langkah pencegahan banjir.
Ketua Menterinya, Datuk Seri Hajiji Noor berkata ini termasuk membersihkan sampah di longkang dan sungai.
Menurut portal bencana Nadma, seramai 460 orang ditempatkan di 4 pusat pemindahan sementara di Sabah ekoran kediaman mereka dinaiki air.
Sementara itu, Kerajaan Sabah umum bantuan RM1,000 kepada ketua isi rumah yang terjejas akibat banjir di Penampang.
__
Dan semua konsert membabitkan artis luar negara yang berlangsung pada 20 Julai ini perlu ditunda bagi menghormati Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-17 Sultan Ibrahim.
Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di THR Gegar pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Khamis
7:00am, 8:00am, 9:00am
12:00pm, 6:00pm
Jumaat - Sabtu
10:00am
12:00pm, 1:00pm
Ahad
7:00am. 8:00am, 11:00am
1:00pm
Cuaca