Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

GEGAR

Permata Pantai Timur

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

GEGAR

Permata Pantai Timur

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

GEGAR

Permata Pantai Timur

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

HITZ Segmen Terkini

GEGAR

Permata Pantai Timur

← Back to list

Awas ! Akaun Palsu Media Sosial…anda diperhatikan!

Jul 10, 2024


Pemilik akaun palsu di media sosial diingatkan supaya bersedia untuk berhadapan dengan sebarang tindakan ke atas keterlanjuran mereka.

Justeru jelas Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil, pengguna media sosial terutamanya yang berselindung di belakang akaun palsu perlu berhati-hati sebelum memberikan sebarang komen menerusi platform tersebut.

“Berani cakap berani hadap” tegas Fahmi ketika ditanya wartawan Astro Radio News, Shahdin Tahir berhubung cadangan pelbagai pihak agar penggunaan tik tok disekat bagi akaun-akaun palsu.

Fahmi mengakui banyak pemilik akaun palsu agak keterlaluan dalam berinteraksi sehingga boleh menjejaskan kesihatan mental orang lain.

Justeru beliau memberi amaran bahawa mereka akan dipantau pihak berkuasa agar tidak terus menjadi pembuli secara alam maya.

Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM) telahpun diarahkan bagi mengenal pasti pemilik-pemilik akaun yang celupar, mengugut, buli dan sebagainya.

“Ia wajar dibanteras segara agar tidak terus berleluasa dan saya ingin pastikan platform media sosial selamat digunakan terutama kepada kanak-kanak” katanya dalam sidang media pada Majlis Pelancaran Pusat Pengalaman AI Celcom Digi di Subang.

Baru-baru kecoh seorang influencer media sosial bernama Esha yang ditemui meninggal dunia, sehari selepas membuat laporan polis mengenai buli siber dalam tik tok.

Wanita itu dikatakan amat tertekan diganggu dan diugut oleh beberapa individu dalam Tik Tok live.

Sehingga kini seorang suspek wanita sudah direman bagi bantu siasatan kes Esha.

Fahmi juga turut mengajak orang ramai untuk melawat Pusat Pengalaman AI CelcomDigi.

awas ! akaun palsu media sosial…anda diperhatikan!

 

Ia mempamerkan pelbagai teknologi AI, yang sedang digunakan negara, sama ada projek rintis atau pengkomersialan.

"Penggunaan teknologi AI bukan sahaja memudahkan tugasan, tetapi dapat mengurangkan beban kerja.

"Kerja juga menjadi lebih efisien disebabkan penggunaan AI.

-Hak Cipta Astro Radio News


Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di THR Gegar pada waktu-waktu berikut:

Isnin - Khamis

7:00am, 8:00am, 9:00am
12:00pm, 6:00pm

Jumaat - Sabtu

10:00am
12:00pm, 1:00pm

Ahad

7:00am. 8:00am, 11:00am
1:00pm
 

Cuaca