← Back to list
Projek perintis PLKN mula tahun depan
Jul 10, 2024
Projek perintis Program Latihan Khidmat Negara baharu akan bermula tahun depan.
Menteri Pertahanan Datuk Seri Khalid Nordin berkata sebagai permulaan ia akan melibatkan pelajar Tingkatan Empat terpilih ketika mengikuti aktiviti kokurikulum mereka.
Tambahnya, PLKN edisi baru melibatkan 70% latihan asas ketenteraan manakala selebihnya libatkan elemen jati diri, cinta negara dan perpaduan.
__
Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman tampil meminta maaf selepas mengakui beliau tidak sempurnakan larian dalam perlumbaan triathlon di Johor, Sabtu lepas.
Jelas beliau susulan kesilapan teknikal, pada awalnya beliau direkodkan catat masa ketiga terpantas pada perlumbaan itu.
__
Kanak-kanak berusia 3 tahun yang disyaki termakan keropok mengandungi racun di Kulim meninggal dunia.
Manakala adiknya masih dirawat di hospital.
__
Dan penyanyi Aina Abdul lancarkan lagu popularnya, Terus Hidup dalam versi Korea.
Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di THR Gegar pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Khamis
7:00am, 8:00am, 9:00am
12:00pm, 6:00pm
Jumaat - Sabtu
10:00am
12:00pm, 1:00pm
Ahad
7:00am. 8:00am, 11:00am
1:00pm
Cuaca