← Back to list
Kes bunuh Naufal: Polis buru tiga suspek bantu siasatan
Jul 27, 2024
Polis sedang mengesan tiga individu dipercayai berkait kes bunuh anak kepada pemilik restoran terkenal di Sabah baru-baru ini.
Setakat ini, seorang wanita berusia 22 tahun iaitu bekas isteri kepada salah seorang daripada suspek telah ditahan bagi membantu siasatan.
Terdahulu, mayat Naufal Abdul Rashid yang dilaporkan hilang di Sandakan sejak lima hari lalu ditemui dalam sebuah kenderaan terbakar di kawasan ladang pada Khamis.
__
MARA tegaskan untuk pihak bertanggungjawab tidak menutup sebarang kes buli mahupun insiden keracunan makanan di mana-mana Institut Pendidikan dibawahnya.
Pengerusinya, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata tindakan tegas akan diambil terhadap pihak yang menyembunyikan sebarang insiden seumpama itu.
__
Dan PRASARANA akan melanjutkan operasi stesen LRT Bukit Jalil hari ini sehingga jam 1 pagi bagi memenuhi keperluan operasi di sekitar Kompleks Sukan Bukit Jalil.
Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di THR Gegar pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Khamis
7:00am, 8:00am, 9:00am
12:00pm, 6:00pm
Jumaat - Sabtu
10:00am
12:00pm, 1:00pm
Ahad
7:00am. 8:00am, 11:00am
1:00pm
Cuaca