Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

GEGAR

Permata Pantai Timur

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

GEGAR

Permata Pantai Timur

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

GEGAR

Permata Pantai Timur

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

HITZ Segmen Terkini

GEGAR

Permata Pantai Timur

← Back to list

Kerajaan Akan Tutup Operasi Penyedia Perkhidmatan Media Sosial Tak Berlesen

Jul 29, 2024


Timbalan Perdana Menteri tegaskan kerajaan akan tutup operasi mana-mana penyedia perkhidmatan media sosial dan pesanan internet yang ingkar arahan memohon lesen.   

Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata tindakan tegas itu akan dikuatkuasakan bermula 1 Januari tahun depan. 

Jelas beliau ia susulan kerangka awal selia baru ke atas perkhidmatan tersebut yang diperkenalkan bermula 1 Ogos ini. 

Tambahnya, tindakan penutupan terbabit adalah tertakluk di bawah bidang kuasa MCMC. 

Baru-baru ini, MCMC mengumumkan semua perkhidmatan media sosial dan pesanan internet perlu mohon Lesen di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia. 

Dalam perkembangan berkaitan, undang-undang baru bagi tingkatkan tahap keselamatan dalam talian termasuk penguatkuasaan suis pemati atau kill switch akan dibentangkan di Parlimen, Oktober ini. 

Ujar Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), ia bakal meletakkan tanggungjawab kepada penyedia perkhidmatan media sosial dan penyedia perkhidmatan pesanan Internet.  

Jelas Datuk Seri Azalina Othman Said, ia untuk pastikan mereka memainkan peranan dalam menangani jenayah dalam talian seperti kes penipuan, buli siber dan jenayah seksual.   

--- 

Trend kebakaran terbuka di seluruh negara menunjukkan peningkatan sejak Khamis lalu.  

Bomba memaklumkan, angkanya kini hampir 700 kes susulan cuaca panas yang melanda negara ketika ini. 

Justeru pihaknya mengingatkan masyarakat agar tidak melakukan pembakaran terbuka. 

Baru-baru ini MetMalaysia memaklumkan, negara kini alami cuaca panas dan kering dijangkakan hingga September.  

Dalam perkembangan berkaitan, kawasan yang merekodkan cuaca panas Tahap 1 atau berjaga-jaga di seluruh negara naik kepada 11.  

Antara lokasinya adalah Kuala Muda di Kedah, Kuala Krai di Kelantan, Kuching dan Miri di Sarawak serta Beaufort di Sabah.  


Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di THR Gegar pada waktu-waktu berikut:

Isnin - Khamis

7:00am, 8:00am, 9:00am
12:00pm, 6:00pm

Jumaat - Sabtu

10:00am
12:00pm, 1:00pm

Ahad

7:00am. 8:00am, 11:00am
1:00pm
 

Cuaca