← Back to list
Lesen Media Sosial Hanya Untuk Penyedia Platform
Aug 02, 2024
Lesen mengawal selia perkhidmatan media sosial dan pesanan internet hanya dikenakan kepada pengendali platform tersebut.
Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata ia tidak dikenakan kepada individu atau golongan pempengaruh.
Proses pelesenan bagi mengawal selia perkhidmatan media sosial dan pesanan internet bermula semalam manakala penguatkuasaannya bermula 1 Januari tahun depan.
Tambahnya, MCMC akan menerbitkan soalan lazim berkaitan perkara tersebut.
---
Kenyataan tegas kerajaan dan Jemaah Menteri sudah cukup membuktikan ketegasan Malaysia dalam mengutuk pembunuhan pemimpin Hamas, Ismail Haniyeh.
Ujar Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Himpunan Solidariti Palestin yang akan diadakan pada Ahad ini turut membuktikan negara benar-benar tegas dalam isu tersebut.
Dalam perkembangan berkaitan, Hamas bakal umum pengganti kepada Ismail Haniyeh dalam tempoh terdekat, dengan nama Khaled Meshaal disebut-sebut calonnya.
Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di THR Gegar pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Khamis
7:00am, 8:00am, 9:00am
12:00pm, 6:00pm
Jumaat - Sabtu
10:00am
12:00pm, 1:00pm
Ahad
7:00am. 8:00am, 11:00am
1:00pm
Cuaca