Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

GEGAR

Permata Pantai Timur

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

GEGAR

Permata Pantai Timur

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

GEGAR

Permata Pantai Timur

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

HITZ Segmen Terkini

GEGAR

Permata Pantai Timur

← Back to list

Amaran Hujan Berterusan Untuk Pantai Timur & Johor

Nov 15, 2024


Tahap integriti warga PDRM masih membimbangkan walaupun peringatan dan amaran diberi berulang kali mengenai perkara itu. 

Ketua Polis Negara berkata, ia susulan penangkapan segelintir warga PDRM berkaitan kes  seperti dadah, jenayah dan salah guna kuasa. 

Menurut Tan Sri Razarudin Husain lagi, tahun lalu misalnya 22 pegawai PDRM jadi suspek kes jenayah komersial. 

Justeru beliau tegaskan terdapat keperluan untuk perubahan drastik terhadap budaya kerja dan tahap integriti dalam kalangan pegawai dan anggota polis. 

---  

MetMalaysia mengeluarkan amaran hujan berterusan untuk seluruh Terengganu, juga sejumlah kawasan di Kelantan dan Pahang bermula Selasa hingga Sabtu minggu depan. 

Turut dijangka alami cuaca buruk berkenaan adalah sebahagian daerah di Johor antaranya JB, Segamat, Mersing, Kota Tinggi dan Kluang.  

Sementara itu hujan lebat dan ribut petir diramal melanda sejumlah kawasan di hampir semua negeri dan wilayah sehingga 9 malam ini.

--- 

Suspek kes jenayah rentas sempadan Malaysia-Thailand mungkin memiliki 2 kad pengenalan atau 2 kewarganegaraan.

Menurut polis Narathiwat, ia adalah modus operandi mereka bagi melarikan diri sama ada ke Malaysia atau Thailand jika diburu pihak berkuasa.  

Siasatan juga mendapati majoriti penjenayah 2 kerakyatan mempunyai saudara-mara di sempadan kedua-dua negara. 

Dalam perkembangan berkaitan, kerajaan Thailand setuju dengan usul Kelantan untuk bina tembok di sempadan dengan negeri itu.  

Ia bertujuan banteras jenayah rentas sempadan, penyeludupan dan tangani isu banjir. 

--- 

Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) berjaya naik taraf hampir 11,400 tandas awam PBT di seluruh negara hanya dalam tempoh 2 tahun.

Ia menelan kos 800 juta ringgit sekali gus menandakan komitmen kerajaan dalam usaha memupuk kesedaran sivik dan menerapkan budaya menjaga kebersihan.  

Ia juga sebagai persiapan menjelang Tahun Melawat Malaysia 2026, jadi tandas awam adalah cerminan mengenai tahap kebersihan negara ini. 

Dalam perkembangan berkaitan, Tandas Awam MITC Melaka dinobatkan tandas awam terbaik tahun ini, manakala kategori sekolah dimenangi oleh SMK Merbau di Miri, Sarawak. 

 

--- 

Lebih 4 peratus siswa IPTA tidak menamatkan pengajian tahun lalu. 

Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) memaklumkan antara punca mereka tercicir adalah disebabkan gagal peperiksaan, masalah kewangan dan isu peribadi lain. 

Susulan itu KPT laksana sejumlah insentif bagi tangani masalah itu antaranya food bank, bantuan wang sara diri, khidmat kaunseling dan sistem belajar mentor-mentee. 


Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di THR Gegar pada waktu-waktu berikut:

Isnin - Khamis

7:00am, 8:00am, 9:00am
12:00pm, 6:00pm

Jumaat - Sabtu

10:00am
12:00pm, 1:00pm

Ahad

7:00am. 8:00am, 11:00am
1:00pm
 

Cuaca