Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

GEGAR

Permata Pantai Timur

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

GEGAR

Permata Pantai Timur

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

GEGAR

Permata Pantai Timur

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

HITZ Segmen Terkini

GEGAR

Permata Pantai Timur

← Back to list

Kadar Perkahwinan Di Malaysia Menurun Pada 2023

Nov 22, 2024


Malaysia catat penurunan bilangan perkahwinan pada 2023 kepada kira-kira 180 ribu perkahwinan berbanding lebih 200 ribu pada tahun sebelumnya. 

Jabatan Perangkaan berkata penurunan perkahwinan orang Islam menjadi penyumbang terbesar kepada penurunan itu dengan Kelantan catat negeri yang alami penurunan terbesar. 

Bagaimanapun pihaknya maklumkan perkahwinan antara kaum meningkat sebanyak 28 peratus kepada hampir 18 ribu perkahwinan. 

Dalam pada itu, kadar perceraian turut menyaksikan penurunan 8.7 peratus kepada lebih 50 ribu kes pada tahun lalu. 

.....

Dalam pada itu, trend pasangan berkahwin memilih untuk tidak mempunyai anak di Malaysia timbulkan kebimbangan. 

Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat berkata trend itu akan beri kesan jangka panjang kepada struktur penduduk Malaysia dan status negara menua. 

Bagaimanapun pihaknya tegaskan keputusan untuk memiliki anak adalah hak peribadi disebabkan pelbagai faktor termasuk kos sara hidup yang tinggi. 

..... 

Bekalan air penyewa Perumahan Awam dan Program Perumahan Rakyat di sekitar Kuala Lumpur yang culas bayar tunggakan sewa akan dipotong. 

DBKL berkata operasi pemotongan bekalan air itu akan dilaksanakan bermula bulan depan dan minta penyewa selesaikan tunggakan itu dengan segera. 

..... 

Orang ramai dipelawa untuk tukar al-Quran yang tiada perakuan KDN atau rosak pada Program Dua Tahun Kerajaan MADANI di KLCC yang bermula hari ini hingga Ahad. 

Bagaimanapun KDN berkata penukaran itu terhad kepada satu naskah al-Quran setiap seorang. 

.... 

SPR maklumkan Semakan Daftar Pemilih Tambahan Bulan Oktober Tahun 2024 boleh dilakukan sehingga 20 Disember depan. 

..... 

Dan Mahkamah Jenayah Antarabangsa keluarkan waran tangkap terhadap Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu dan bekas Menteri Pertahanannya. 

Pihaknya berkata mereka didakwa melakukan jenayah terhadap kemanusiaan dan jenayah perang di Gaza dari 8 Oktober 2023 hingga 20 Mei 2024. 


Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di THR Gegar pada waktu-waktu berikut:

Isnin - Khamis

7:00am, 8:00am, 9:00am
12:00pm, 6:00pm

Jumaat - Sabtu

10:00am
12:00pm, 1:00pm

Ahad

7:00am. 8:00am, 11:00am
1:00pm
 

Cuaca