← Back to list
Jumlah Mangsa Banjir Melonjak!
Nov 27, 2024
Timbalan Perdana Menteri mengingatkan penduduk di kawasan berisiko banjir mengutamakan keselamatan dan patuh arahan pihak berkuasa.
Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negara minta orang ramai tidak ambil risiko yang boleh ancam nyawa.
Sementara itu bilangan mangsa banjir di Kelantan dan Terengganu terus meningkat, masing-masing naik kepada lebih 16,000 dan 2,000 orang.
MetMalaysia kini meletakkan amaran hujan berterusan tahap bahaya untuk seluruh Terengganu, Kelantan serta Kuantan dan Jerantut di Pahang hingga Jumaat.
Daerah lain di Pahang, juga negeri-negeri di Utara Semenanjung, Johor dan Sabah pula kini dalam amaran hujan berterusan tahap buruk dan waspada.
---
5 Pegawai Kadet UPNM yang terbabit 3 kes buli baru-baru ini ditamatkan pengajian dan dibatalkan perkhidmatan dalam ATM.
Mereka juga perlu bayar ganti rugi kepada kerajaan yang dikira daripada keseluruhan perbelanjaan sepanjang tempoh pengajian.
---
Mahkamah Tinggi KL melepas tanpa membebaskan Datuk Seri Najib Razak dan bekas Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Tan Sri Mohd Irwan Serigar Abdullah daripada 6 tuduhan pecah amanah.
Ia berkaitan bayaran RM6.6 bilion dana kerajaan kepada International Petroleum Investment Company pada 2016 dan 2017 semasa Datuk Seri Najib memegang jawatan Perdana Menteri.
Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di THR Gegar pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Khamis
7:00am, 8:00am, 9:00am
12:00pm, 6:00pm
Jumaat - Sabtu
10:00am
12:00pm, 1:00pm
Ahad
7:00am. 8:00am, 11:00am
1:00pm
Cuaca