← Back to list
Calon SPM terjejas banjir boleh duduki mana-mana pusat peperiksaan
Nov 30, 2024
Calon SPM yang terjejas banjir boleh menduduki peperiksaan di mana-mana pusat peperiksaan yang ditetapkan.
Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata ia bagi memastikan kesemua calon dapat menduduki peperiksaan berkenaan yang bermula Isnin ini.
Tambahnya, segala persiapan menjelang SPM berjalan lancar termasuk di Kelantan yang kini terjejas teruk akibat banjir.
__
Keadaan banjir di Kelantan dan Terengganu dijangka bertambah buruk selepas banyak sungai utama di kedua negeri itu sudah melepasi paras bahaya.
Kelantan yang mencatatkan jumlah mangsa tertinggi dengan lebih 84,000 orang merekodkan sembilan sungai melepasi paras bahaya.
Di Terengganu pula melibatkan sebanyak 13 sungai di beberapa daerah setakat pagi tadi.
__
Sementara itu, MetMalaysia keluarkan amaran hujan berterusan yang dijangka melanda sejumlah kawasan di Semenanjung sepanjang hari ini.
Hujan berterusan tahap bahaya diramal berlaku di seluruh Terengganu serta beberapa kawasan di Kelantan.
Manakala beberapa kawasan di Pahang, Gua Musang, Kelantan dan Hulu Perak dijangka berlaku hujan berterusan tahap buruk.
Amaran hujan tahap waspada pula melibatkan Perlis, Kedah, Pulau Pinang serta beberapa kawasan di Perak, Pahang dan Johor.
__
Dan jumlah mangsa banjir di sembilan negeri kini mencecah lebih 128,000 orang yang berlindung di pusat pemindahan sementara.
Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di THR Gegar pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Khamis
7:00am, 8:00am, 9:00am
12:00pm, 6:00pm
Jumaat - Sabtu
10:00am
12:00pm, 1:00pm
Ahad
7:00am. 8:00am, 11:00am
1:00pm
Cuaca