Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

GEGAR

Permata Pantai Timur

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

GEGAR

Permata Pantai Timur

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

GEGAR

Permata Pantai Timur

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

HITZ Segmen Terkini

GEGAR

Permata Pantai Timur

← Back to list

Banjir: Belum Ada Keperluan Isytihar Darurat

Dec 02, 2024


Belum ada keperluan isytihar darurat walaupun jumlah mangsa yang terjejas akibat banjir kini mencecah 140, 000 orang di 9 negeri. 

Perdana Menteri berkata, setakat ini seluruh agensi dan jentera keselamatan berjaya tangani situasi banjir di negeri-negeri yang terbabit dengan baik. 

Datuk Seri Anwar Ibrahim juga mengumumkan peruntukan tambahan untuk negeri paling terjejas iaitu Kelantan dan Terengganu.

Dalam perkembangan berkaitan, Timbalan Perdana Menteri memaklumkan keadaan banjir khasnya di Kelantan dan Terengganu membimbangkan kerana ia lebih teruk berbanding Bah Kuning pada 2014. 

Lebih merisaukan adalah keadaan dijangka semakin buruk dengan fenomena air pasang besar di Laut China Selatan dan di Selat Melaka yang berada di puncaknya. 

Namun ujar Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, menurut ramalan terbaru MetMalaysia, mungkin berlaku pengurangan luruan hujan nanti. 

Dalam perkembangan itu, trak-trak ATM telah diatur gerak ke 3 negeri teruk terjejas banjir bagi bawa calon SPM ke asrama dan pusat peperiksaan untuk menduduki peperiksaan itu yang bermula hari ini. 

Ia bagi memastikan calon-calon khasnya di Kelantan, Terengganu dan Kedah boleh berada di pusat peperiksaan pada waktu ditetapkan. 

Sementara itu hampir 140,000 mangsa banjir di 9 negeri sedang berlindung di kira-kira 640 PPS.  

Manakala angka kematian akibat banjir meningkat kepada 6 orang dengan kejadian terbaru melibatkan 2 warga emas di Kelantan. 


Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di THR Gegar pada waktu-waktu berikut:

Isnin - Khamis

7:00am, 8:00am, 9:00am
12:00pm, 6:00pm

Jumaat - Sabtu

10:00am
12:00pm, 1:00pm

Ahad

7:00am. 8:00am, 11:00am
1:00pm
 

Cuaca