← Back to list
Pengecualian Tol Sempena Krismas
Dec 22, 2024
Penguna lebuh raya akan dapat pengecualian tol pada esok dan lusa sempena sambutan Krismas.
Menurut Kementerian Kerja Raya (KKR), ia hanya untuk kenderaan persendirian dan tidak libat Plaza Tol di Bangunan Sultan Iskandar dan Tanjung Kupang, Johor.
KKR turut menasihatkan pengguna lebuh raya mematuhi peraturan had laju, papan tanda dan undang-undang jalan raya.
Dalam perkembangan berkaitan, Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) jangka lebih 2.5 juta kenderaan akan guna lebuh raya-lebuh raya utama pada hari-hari puncak sempena Krismas dan musim cuti sekolah ini.
Justeru semua syarikat konsesi diminta melakukan persediaan rapi agar perjalanan pengguna lebuh raya selamat dan lancar.
---
Orang ramai diseru meningkatkan tahap keselamatan ketika melakukan aktiviti laut sepanjang musim cuti sekolah dan perayaan Krismas ini.
Tegas Maritim Malaysia, ia memandangkan cuaca yang tidak menentu ketika musim tengkujuh ini.
Mereka yang melakukan aktiviti laut misalnya diminta sentiasa pakai jaket keselamatan dan memastikan bot yang dinaiki berada dalam keadaan selamat.
---
Menteri Pendidikan Tinggi telah mengarahkan Universiti Malaya (UM) untuk melaksanakan siasatan segera terhadap 2 dakwaan gangguan seksual yang cemar nama baik universiti tersebut.
Ujar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir, bagi memastikan kes itu dapat keadilan sambil tegaskan kementerian tidak bertolak ansur dengan salah laku yang langgar undang-undang.
Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di THR Gegar pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Khamis
7:00am, 8:00am, 9:00am
12:00pm, 6:00pm
Jumaat - Sabtu
10:00am
12:00pm, 1:00pm
Ahad
7:00am. 8:00am, 11:00am
1:00pm
Cuaca