Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

GEGAR

Permata Pantai Timur

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

GEGAR

Permata Pantai Timur

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

GEGAR

Permata Pantai Timur

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

HITZ Segmen Terkini

GEGAR

Permata Pantai Timur

← Back to list

Cadangan Wajib Sijil Halal: Perlu Ada Penjelasan Penuh

Dec 30, 2024


Hasrat kerajaan negeri atau PBT mewajibkan pengusaha premis makanan dan minuman memiliki sijil halal sebagai syarat memperbaharui lesen perniagaan dianggap usaha positif. 

JAKIM yakin ia dapat meningkatkan pemegang Sijil Pengesahan Halal Malaysia serta  memastikan kualiti dan piawaian halal terus dipatuhi.  

Namun pihaknya tegaskan penting untuk penjelasan menyeluruh dan terperinci diberikan mengenai pelaksanan dasar baru itu bagi elak kekeliruan. 

Dalam perkembangan berkaitan, Kelantan tetapkan 7 kategori premis makanan yang perlu dapat Sijil Pengesahan Halal Malaysia sebagai syarat untuk Lesen Kekal Perniagaan di negeri itu.  

Antara yang terlibat ialah dapur hotel, pusat beli-belah, kopitiam, restoran makanan segera atau francais dan kilang perusahaan makanan. 

Sementara itu Persatuan Pengusaha-Pengusaha Restoran Melayu Kelantan (Permeka) rayu kerajaan negeri tangguh cadangan tersebut ke Januari 2026. 

Ia memandangkan masih ramai pemilik restoran mendakwa tidak terima sebarang notis dan hanya tahu perkara itu ketika memperbaharui lesen perniagaan. 

--- 

Banjir kembali melanda Kelantan dan Terengganu susulan hujan berterusan.  

Ia emaksa lebih 1,400 penduduk di 2 negeri itu berlindung di hampir 40 PPS.  

Sementara itu MetMalaysia mengeluarkan amaran hujan berterusan untuk sejumlah kawasan di Terengganu, Kelantan, Pahang, Johor dan Sabah hingga hari ini. 

--- 

Perdana Menteri mewakili seluruh rakyat Malaysia merakamkan ucapan takziah susulan nahas pesawat Jeju Air di Korea Selatan.  

Difahamkan, hanya 2 daripada 181 penumpang dan anak kapal terselamat dalam tragedi itu dan ia mungkin berpunca daripada kegagalan fungsi gear pendaratan.  

Terdahulu Wisma Putra sahkan tiada rakyat Malaysia terlibat dalam nahas pesawat berkenaan. 

--- 

Liga Arab kecam sekeras-kerasnya tindakan tentera Israel bakar Hospital Kamal Adwan yang juga kemudahan perubatan utama terakhir di utara Gaza.  

Setiausaha Agungnya juga tegaskan sikap berdiam diri dunia terhadap jenayah Israel akan membawa kepada keruntuhan undang-undang dan nilai kemanusiaan antarabangsa. 


Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di THR Gegar pada waktu-waktu berikut:

Isnin - Khamis

7:00am, 8:00am, 9:00am
12:00pm, 6:00pm

Jumaat - Sabtu

10:00am
12:00pm, 1:00pm

Ahad

7:00am. 8:00am, 11:00am
1:00pm
 

Cuaca