← Back to list
PERKESO capai sasaran 100 peratus
Dec 30, 2024
PERKESO capai sasaran 100 peratus iaitu pendaftaran 500,000 suri rumah sebagai pencarum tahun ini.
Pengerusi skim itu, Kasthuri Patto berkata wanita yang menyumbang RM120 setahun akan layak mendapat perlindungan PERKESO meliputi pelbagai bentuk.
Tambahnya, skim berkenaan turut terbuka kepada wanita bujang, sudah bercerai, kehilangan suami, ibu tunggal serta wanita bekerjaya.
__
Seorang wanita mengaku bersalah di Mahkamah Taiping atas dakwaan melakukan khianat menggunakan api dengan membakar motosikal, minggu lalu.
Terdahulu, wanita terbabit direman tiga hari dipercayai bakar motosikal terbabit akibat berang kerana mahu ditarik susulan bayaran tertunggak selama 20 bulan.
__
Acara Tahun Baru di Korea Selatan dibatalkan berikutan nahas pesawat Jeju Air yang mengorbankan 179 penumpang, semalam.
Ia susulan kerajaan Korea mengisytiharkan tempoh berkabung di seluruh negara itu sehingga Sabtu ini.
Kerajaan Korea juga telah mengarahkan penyiasatan seluruh operasi rangkaian penerbangan negara berikutan nahas itu.
__
Dan, bekas pendakwah selebriti, PU Azman dijatuhi hukuman penjara kali keempat selama enam tahun dan satu sebatan atas pertuduhan amang seksual terhadap remaja lelaki, tujuh tahun lalu.
Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di THR Gegar pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Khamis
7:00am, 8:00am, 9:00am
12:00pm, 6:00pm
Jumaat - Sabtu
10:00am
12:00pm, 1:00pm
Ahad
7:00am. 8:00am, 11:00am
1:00pm
Cuaca