← Back to list
X & YouTube Belum Mohon Lesen Operasi
Jan 02, 2025
Majoriti penyedia perkhidmatan pesanan internet dan media sosial utama telah mohon lesen untuk beroperasi di Malaysia.
SKMM memaklumkan, lesen operasi TikTok dan WeChat sudah diluluskan.
Manakala Telegram, Facebook, Instagram, dan WhatsApp telah memulakan proses itu yang dijangka dimuktamadkan tidak lama lagi.
Sementara itu aplikasi X dan Google yang mengendalikan YouTube belum mengemukakan permohonan ekoran beberapa isu berbangkit.
Pelesenan penyedia perkhidmatan pesanan internet dan media sosial di Malaysia mula berkuatkuasa semalam.
Ia bagi memperkukuh keselamatan dalam talian dan meningkatkan perlindungan kepada pengguna khususnya kanak-kanak dan golongan rentan.
---
Amaran hujan berterusan tahap waspada dikeluarkan bagi seluruh Terengganu selama 3 hari bermula Sabtu ini!
MetMalaysia juga mengeluarkan amaran sama untuk sejumlah daerah di Kelantan, Pahang dan Johor.
Orang ramai boleh mendapatkan maklumat cuaca terkini melalui laman web dan media sosial rasmi jabatan itu serta aplikasi myCuaca.
Dalam perkembangan berkaitan, banjir dijangka melanda 9 jajahan di Kelantan dalam tempoh sama.
Menurut JPS, banjir yang diramal boleh berlaku lebih awal atau lewat dari tarikh jangkaan.
Justeru semua agensi pengurusan bencana dan penduduk kawasan berisiko banjir diminta waspada dan peka arahan pihak berkuasa.
Sementara itu lebih 400 mangsa banjir di Perak, Johor, Kelantan dan Sabah kini ditempatkan di PPS.
---
Tempoh percubaan penggunaan Kod QR khusus untuk rakyat Malaysia akan bermula bulan ini bagi melancarkan sistem pelepasan imigresen di lorong khas di KLIA.
Menurut Kementerian Dalam Negeri, ia mampu selesaikan isu kesesakan kerana mengambil masa antara 5 hingga 7 saat berbanding 15 hingga 25 saat jika menggunakan pintu konvensional.
---
Polis Selangor sahkan terima laporan berhubung kematian 4 warga tempatan yang menghadiri sebuah konsert sempena tahun baru di Subang Jaya.
Proses bedah siasat telah dijalankan dan pihaknya sedang menunggu hasil laporan makmal.
Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di THR Gegar pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Khamis
7:00am, 8:00am, 9:00am
12:00pm, 6:00pm
Jumaat - Sabtu
10:00am
12:00pm, 1:00pm
Ahad
7:00am. 8:00am, 11:00am
1:00pm
Cuaca