← Back to list
Kekejaman Israel Jelas Tidak Berperikemanusiaan
Apr 18, 2025
Malaysia kutuk sekeras-kerasnya tindakan kejam Israel yang berterusan melakukan penghapusan etnik dan sekat bantuan kemanusiaan kepada rakyat Palestin di Gaza.
Tegas Wisma Putra, tindakan sekat keperluan asas kononnya bertujuan melemahkan dan menghukum rakyat Gaza adalah jelas tidak berperikemanusian dan tidak masuk akal.
Dalam tempoh kira-kira 24 jam lepas, lebih 40 rakyat Palestin terbunuh dan kira-kira 70 cedera akibat serangan berterusan rejim Israel di Gaza.
Serangan genosid Israel berterusan tanpa halangan meskipun Majlis Keselamatan PBB desak gencatan senjata segera dan Mahkamah Keadilan Antarabangsa mengarahkan ia dihentikan.
---
Teknologi tidak akan sesekali ambil alih peranan guru walaupun ia semakin maju.
Namun menurut Kementerian Pendidikan (KPM), guru dan murid perlu bersama-sama memperkukuh penggunaan teknologi mengikut perkembangan semasa.
Justeru KPM sedang memperkuatkan ekosistem pendidikan digital dan teknologi AI antaranya dengan cara mengukuhkan prasarana dan dasar pendidikan negara.
Ia termasuk mengukuhkan pendidikan karakter dalam kurikulum baru yang bakal dilaksanakan pada 2027 agar seiring pendidikan digital, teknologi dan AI.
---
Lonjakan pesakit pasca perayaan Aidilfitri jadi punca kesesakan di Jabatan Kecemasan Hospital Tengku Ampuan Rahimah di Klang.
Kementerian Kesihatan (KKM) memberi penjelasan itu sebagai respon kepada ciapan dan gambar tular di media sosial mengenai isu kesesakan tersebut.
Antara langkah yang sudah diambil ialah menyediakan lebih banyak katil dan menggerakkan kakitangan tambahan untuk bantu tangani lonjakan pesakit.
---
Ketua Editor dan Timbalan Ketua Penyunting sebuah akhbar tempatan yang ditahan untuk siasatan berkaitan kes penyiaran ilustrasi Jalur Gemilang tidak lengkap sudah dibebaskan.
Setakat ini juga polis sudah terima 40 laporan berhubung isu itu di seluruh negara dan kes disiasat di bawah Akta Lambang serta Akta Mesin Cetak dan Penerbitan.
Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di THR Gegar pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Khamis
7:00am, 8:00am, 9:00am
12:00pm, 6:00pm
Jumaat - Sabtu
10:00am
12:00pm, 1:00pm
Ahad
7:00am. 8:00am, 11:00am
1:00pm
Cuaca