← Back to list
Tragedi Putra Heights: Laporan awal dijangka siap minggu depan
Apr 18, 2025
Laporan awal mengenai hasil siasatan insiden kebakaran saluran paip gas di Putra Heights dijangka dikeluarkan dalam tempoh seminggu lagi.
Ketua Polis Selangor berkata paip gas yang meletup sudah dikenal pasti dan pihak berkuasa sedang menunggu hasil kajian forensik untuk melengkapkan siasatan.
__
Perdana Menteri menegaskan isu kesilapan menyiarkan imej Jalur Gemilang yang tidak lengkap, tidak boleh dipandang ringan.
Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan semua pihak agar berhati-hati dan tidak mengambil mudah kerana bendera adalah simbol kedaulatan dan maruah negara.
Terdahulu, sebuah akhbar tempatan menyiarkan ilustrasi Jalur Gemilang sempena lawatan negara Presiden China Xi Jinping ke Malaysia, namun gambar bendera tersebut tidak lengkap.
DPI, Timbalan Ketua Polis Negara maklumkan setakat ini 42 saksi telah dipanggil untuk memberi keterangan berhubung isu berkenaan.
__
Dan, Kementerian Pendidikan tidak akan berkompromi dengan sebarang kesalahan melibatkan pendidik khususnya berkaitan kesalahan seksual di sekolah.
Menterinya, Fadhlina Sidek berkata ia termasuk kes guru lelaki di Johor yang ditahan reman kerana disyaki menghantar pautan lucah kepada rakan sekerja wanita baru-baru ini.
Tambahnya, pihaknya sentiasa komited memastikan sebarang bentuk perilaku tidak wajar dalam kalangan warga pendidik ditangani dengan tegas berlandaskan undang-undang.
Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di THR Gegar pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Khamis
7:00am, 8:00am, 9:00am
12:00pm, 6:00pm
Jumaat - Sabtu
10:00am
12:00pm, 1:00pm
Ahad
7:00am. 8:00am, 11:00am
1:00pm
Cuaca