Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

THR GEGAR

Permata Pantai Timur

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

THR GEGAR

Permata Pantai Timur

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

THR GEGAR

Permata Pantai Timur

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

HITZ Segmen Terkini

THR GEGAR

Permata Pantai Timur

← Back to list

Nahas Bas Bawa Siswa UPSI: Polis Terima Rakaman Dashcam

Jun 10, 2025


Kemalangan jalan raya akan terus berlaku jika sikap cuai, lalai  dan mementingkan diri masih wujud dalam diri setiap pemandu. 

Ketua Polis Negara berkata, sekiranya faktor itu jadi punca nahas maka hukuman sewajarnya perlu dikenakan terhadap pesalah mengikut peruntukan undang-undang.  

Tan Sri Razarudin Husain menambah, kemalangan maut yang berlaku pada 13 Mei lalu hingga meragut nyawa 9 anggota FRU serta kemalangan maut lain, masih tidak dijadikan iktibar.  

Menurut beliau, ia belum mengambil kira lagi faktor kenderaan berat seperti lori dan bas yang tidak layak berada di atas jalan raya namun masih digunakan pihak tertentu.  

Tan Sri Razarudin turut mengucapkan takziah kepada ahli keluarga dan mangsa kemalangan bas yang membawa penuntut UPSI di Gerik semalam.  

Astro Awani pula melaporkan, 5 daripada 15 jenazah mangsa sudah dikebumikan di kampung halaman masing-masing di Terengganu.  

Dalam perkembangan berkaitan, polis telah terima satu rakaman video daripada kamera papan pemuka yang dipercayai merakam detik-detik nahas tragis tersebut.  

Polis Perak memaklumkan, rakaman itu sudah diserah kepada pegawai penyiasat dan akan jadi bahan penting dalam siasatan.  

Sementara itu Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) telah keluar surat tunjuk sebab kepada syarikat pengendali bas yang terlibat dalam nahas tersebut. 

JPJ pula sedang melakukan Pemeriksaan dan Audit Keselamatan ke atas bas serta syarikat terbabit.  

--- 

Barangan pilihan tertentu seperti king crab, salmon, cendawan truffle, buah-buahan import, essential oil dan kain sutera akan dikenakan cukai jualan 5 peratus berkuatkuasa 1 Julai ini!  

Menurut Kementerian Kewangan, ia susulan pelaksanaan semakan dan perluasan skop SST yang diumumkan dalam Belanjawan 2025 lalu.  

Manakala beberapa barangan pilihan premium dikenakan cukai jualan sebanyak 10 peratus seperti basikal lumba dan lukisan tangan antik. 

Ia bertujuan mengukuhkan dan meningkatkan hasil negara dan bagi menambah baik mutu jaringan keselamatan sosial tanpa membebankan rakyat terbanyak. 


Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di THR Gegar pada waktu-waktu berikut:

Isnin - Khamis

7:00am, 8:00am, 9:00am
12:00pm, 6:00pm

Jumaat - Sabtu

10:00am
12:00pm, 1:00pm

Ahad

7:00am. 8:00am, 11:00am
1:00pm
 

Cuaca

 

 

Ads With Us Ads With Us Ads With Us