← Back to list
RUU Pekerja Gig Dibentang Ogos
Jul 02, 2025
Rang Undang-Undang Pekerja Gig dijangka dibentang di Parlimen pada Ogos atau September ini.
Timbalan Perdana Menteri berkata, ia bagi memperkenalkan perlindungan sosial kepada lebih sejuta pekerja sektor itu di seluruh negara.
Menurut Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, ia merupakan akta pertama menjurus ke arah menjaga industri ekonomi gig di Malaysia serta yang pertama di dunia.
---
Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan teliti keputusan Mahkamah Persekutuan berkaitan salah satu seksyen dalam Akta Perhimpunan Aman termasuk bersedia pertimbang cadangan pindaan.
Ini memastikan ia selari dengan kehendak Perlembagaan selepas Mahkamah Persekutuan menetapkan seksyen itu sebagai tidak berperlembagaan.
Semalam Mahkamah Persekutuan membatalkan keperluan notis 5 hari diserahkan penganjur perhimpunan aman kepada pihak berkuasa.
---
Polis tumpaskan kegiatan sindiket memproses cecair vape dan jus mengandungi dadah, dalam beberapa serbuan di Selangor.
Susulan itu 18 suspek ditahan termasuk warga Taiwan dan Vietnam.
Ia melibatkan rampasan berjumlah RM27 ringgit dan dianggarkan mampu tampung 3 juta penagih jika terlepas ke pasaran.
Difahamkan dadah itu diproses dan dijual kepada pelanggan tertentu termasuk ke luar negara, dan tidak dijual dalam talian bagi elak dikesan.
---
Pemandu dari negara jiran yang gagal menjelaskan saman AWAS akan disenaraihitamkan secara automatik oleh sistem JPJ.
Menurut jabatan itu, senarai hitam itu juga akan digunakan untuk kenderaan berdaftar Singapura melalui data yang diperoleh daripada rekod Permit Masuk Kenderaan (VEP).
Pemandu yang dikenakan saman AWAS diberi tempoh selama 60 hari bermula selama untuk menyelesaikan denda tersebut.
Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di THR Gegar pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Khamis
7:00am, 8:00am, 9:00am
12:00pm, 6:00pm
Jumaat - Sabtu
10:00am
12:00pm, 1:00pm
Ahad
7:00am. 8:00am, 11:00am
1:00pm
Cuaca