Inilah Kita Banner
Inilah Kita Banner
Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

THR GEGAR

Permata Pantai Timur

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

THR GEGAR

Permata Pantai Timur

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

THR GEGAR

Permata Pantai Timur

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

HITZ Segmen Terkini

THR GEGAR

Permata Pantai Timur

← Back to list

Mahkamah benarkan ibu Zara Qairina jadi pihak berkepentingan dalam prosiding inkues

Aug 28, 2025


Pasukan peguam dan ibu Zara Qairina dibenarkan untuk menjadi pihak berkepentingan sepanjang prosiding inkues kematian pelajar Tingkatan Satu itu. 

Mahkamah Koroner membenarkan permohonan itu dengan inkues tersebut akan bermula 3 September depan. 

Susulan keputusan itu, peguam keluarga Allahyarham dibenar mendapatkan akses kepada semua dokumen berkaitan, termasuk memeriksa dan menyoal balas saksi. 

Peguam yang mewakili 5 remaja yang didakwa atas pertuduhan menggunakan perkataan mencela terhadap Zara Qairina turut dibenarkan menjadi pihak berkepentingan dalam inkues sama.  

--- 

Seorang bekas pelajar Kolej Vokasional Lahad Datu dijatuhkan hukuman penjara seumur hidup dan 12 kali sebatan selepas didapati bersalah membunuh Mohamad Nazmie Aizzat, Mac tahun lalu. 

Mahkamah Tinggi Tawau turut memerintahkan 12 tertuduh yang masih di bawah umur dipenjara selama diperkenankan Yang Dipertua Negeri Sabah atas kesalahan sama.  

Allahyarham Mohamad Nazmie Aizzat ditemukan meninggal dunia dalam keadaan terbaring di bilik asramanya dengan kesan kecederaan serta lebam pada beberapa bahagian tubuh. 

--- 

Gempa bumi bermagnitud 3.2 berlaku di Segamat semalam bukan berpunca daripada aktiviti gunung berapi atau subduksi laut dalam. 

Sebaliknya, Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia (JMG) menjelaskan ia berlaku akibat  pergerakan kerak benua.  

Susulan itu, JMG bersama MetMalaysia akan terus memperkukuh pemantauan di kawasan berisiko bagi menghadapi ancaman gempa bumi. 

Ahad lalu, MetMalaysia sahkan gempa bumi lemah bermagnitud 4.1 dikesan di Segamat kira-kira jam 6.00 pagi.  

Ia disusuli gegaran kedua di Yong Peng pada jam 9.00 pagi dengan kekuatan magnitud 2.8. 


Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di THR Gegar pada waktu-waktu berikut:

Isnin - Khamis

7:00am, 8:00am, 9:00am
12:00pm, 6:00pm

Jumaat - Sabtu

10:00am
12:00pm, 1:00pm

Ahad

7:00am. 8:00am, 11:00am
1:00pm
 

Cuaca

 

 

Ads With Us Ads With Us Ads With Us