Inilah Kita Banner
Inilah Kita Banner
Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

THR GEGAR

Permata Pantai Timur

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

THR GEGAR

Permata Pantai Timur

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

THR GEGAR

Permata Pantai Timur

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

HITZ Segmen Terkini

THR GEGAR

Permata Pantai Timur

← Back to list

Portal akses data peribadi rakyat Malaysia sudah disekat

Sep 11, 2025


Menteri Pendidikan Tinggi mengingatkan semua pihak supaya lebih waspada dan tidak mempolitikkan isu pendidikan tinggi terutamanya melibatkan seorang pelajar cemerlang STPM. 

Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir juga khuatir sekiranya isu tersebut secara terus menerus dipolemikkan, ia akan beri kesan terhadap emosi pelajar berkenaan. 

Beliau juga tegaskan KPT bersikap terbuka dan mengambil perhatian sekiranya berlaku kekurangan dalam proses permohonan ke universiti pada masa ini. 

Ia bagi mengulas aduan seorang pelajar cemerlang STPM yang mendakwa tidak dapat tempat dalam program perakaunan di UM walaupun raih merit 99.9 peratus. 

Terdahulu KPT menjelaskan pelajar berkenaan berada di ranking 1,129, manakala UM hanya menyediakan 85 tempat untuk program tersebut. 

--- 

Sebuah portal yang didakwa dapat mengakses data peribadi rakyat Malaysia telah pun disekat sejak 2022. 

Perkara tersebut dimaklumkan oleh Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil.  

Sebelum ini, tular di laman sosial mengenai seorang pengguna yang mendakwa data peribadi rakyat Malaysia bocor di sebuah laman sesawang. 

Laman tersebut dikatakan dedah data dan maklumat sensitif termasuk kad pengenalan, alamat rumah, rekod pendaftaran dan lesen kenderaan dan maklumat sulit perbankan.  

--- 

35 rakyat Malaysia dilapor terkandas di Nepal susulan pergolakan dan perintah berkurung. 

Sinar Harian melaporkan, ia berikutan protes ganas melanda negara Asia Selatan tersebut.  

Kedutaan Besar Malaysia di Kathmandu juga menasihatkan semua rakyat Malaysia di sana supaya kekal berada di dalam rumah sehingga situasi pulih. 

Mereka yang perlu bantuan konsular boleh menghubungi Kedutaan Malaysia.  

Sementara itu Wisma Putra gesa rakyat Malaysia yang menetap di 3 wilayah di Poland supaya waspada ekoran beberapa insiden pencerobohan ruang udara di negara itu baru-baru ini.  


Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di THR Gegar pada waktu-waktu berikut:

Isnin - Khamis

7:00am, 8:00am, 9:00am
12:00pm, 6:00pm

Jumaat - Sabtu

10:00am
12:00pm, 1:00pm

Ahad

7:00am. 8:00am, 11:00am
1:00pm
 

Cuaca

 

 

Ads With Us Ads With Us Ads With Us