Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

THR GEGAR

Permata Pantai Timur

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

THR GEGAR

Permata Pantai Timur

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

THR GEGAR

Permata Pantai Timur

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

HITZ Segmen Terkini

THR GEGAR

Permata Pantai Timur

← Back to list

JPJ, PDRM selaras saman 'bayar awal, saman murah' mulai Januari 2026

Oct 22, 2025


Kerajaan akan menggantikan pemberian diskaun saman berasaskan prinsip baharu “bayar awal, saman murah” bermula 1 Januari 2026.  

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata pendekatan baharu itu bertujuan memberikan insentif serta keadilan kepada individu yang menjelaskan saman dengan segera. 

Menjelang pelaksanaan itu, polis menawarkan diskaun saman trafik sebanyak 70 peratus bagi tempoh November hingga Disember ini. 

__

Dalam perkembangan lain, Kementerian Pengangkutan akan mempertingkatkan operasi pengangkutan awam bagi memastikan kelancaran pergerakan pada Sidang Kemuncak ASEAN ke-47. 

Antara langkah persediaan termasuk Rapid KL melanjutkan operasi tren semasa waktu puncak dan menambah kekerapan perjalanan. 

__

Kementerian Komunikasi melalui MCMC kini dalam usaha untuk mengetatkan garis panduan bagi pendaftaran kad sim prabayar. 

Timbalan Menteri Komunikasi, Teo Nie Ching berkata ia termasuk cadangan menetapkan pendaftaran maksimum dua simkad untuk setiap telco bagi warganegara Malaysia. 

Sebelum ini, pendaftaran maksimum untuk setiap telco bagi warganegara Malaysia ialah lima simkad. 

Beliau turut dedahkan siasatan mendapati ada pihak guna maklumat warga asing untuk mendaftar akaun Tik Tok dan salah guna akaun tersebut untuk sebar maklumat palsu. 

__

Dan, seorang pelajar lelaki berusia 14 tahun didakwa di Mahkamah Majistret atas tuduhan membunuh seorang pelajar perempuan dalam tandas sekolah di Petaling Jaya, minggu lalu. 

Tiada jaminan diberikan dan mahkamah menetapkan 21 November depan untuk sebutan semula kes. 


Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di THR Gegar pada waktu-waktu berikut:

Isnin - Khamis

7:00am, 8:00am, 9:00am
12:00pm, 6:00pm

Jumaat - Sabtu

10:00am
12:00pm, 1:00pm

Ahad

7:00am. 8:00am, 11:00am
1:00pm
 

Cuaca

 

 

Ads With Us Ads With Us Ads With Us