← Back to list
Ibu Zayn Rayyan kekal di penjara!
Dec 23, 2025
Ibu Allahyarham Zayn Rayyan kekal di penjara.
Ini selepas Mahkamah Tinggi Shah Alam menolak permohonan untuk menangguhkan hukuman penjara lima tahun terhadapnya.
Hakim menolak permohonan tertuduh, selepas mengambil kira dan meneliti beberapa alasan yang dikemukakan kedua-dua pihak pendakwaan serta peguam bela.
Ismanira dihukum penjara lima tahun oleh Mahkamah Sesyen Petaling Jaya selepas didapati bersalah abai kanak-kanak autistik itu yang hilang dan ditemui mati pada 2023.
__
Polis menahan seorang wanita yang didakwa menetap di KLIA Terminal 1 sejak setahun lalu.
Siasatan mendapati wanita itu disahkan warga tempatan dan mempunyai kad kesihatan mental.
Wanita itu kemudian dihantar ke Hospital Kajang untuk pemeriksaan lanjut.
__
Dan, penyanyi Ariff Bahran mendedahkan dia dan rakan-rakannya menjadi mangsa penipuan melibatkan kerugian lebih RM400,000 ringgit oleh seorang penaja acara.
Katanya, penganjur itu sepatutnya membawa kumpulan terkenal Indonesia, Sheila On 7 untuk mengadakan sebuah konsert, namun akhirnya ia gagal dilangsungkan.
Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di THR Gegar pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Khamis
7:00am, 8:00am, 9:00am
12:00pm, 6:00pm
Jumaat - Sabtu
10:00am
12:00pm, 1:00pm
Ahad
7:00am. 8:00am, 11:00am
1:00pm
Cuaca