← Back to list
Diskaun tol 50 peratus pada 14 & 15 Februari sempena Tahun Baru Cina
Feb 07, 2026
Kerajaan mengumumkan diskaun tol 50 peratus sempena perayaan Tahun Baru Cina.
Pelaksanaan diskaun tol itu akan bermula jam 12:01 tengah malam pada 14 Februari dan berakhir jam 11:59 malam 15 Februari.
Ia tertakluk kepada kenderaan persendirian Kelas 1 di semua plaza tol serta Kelas 2 bagi Jambatan Pulau Pinang.
__
Pemilik sebuah restoran Nasi Kandar di Seremban nafi dakwaan premisnya membasuh lebihan makanan untuk dijual semula kepada pelanggan seperti yang viral di media sosial.
Jelasnya, ia sebaliknya bertujuan diberikan kepada haiwan liar seperti kucing dan burung.
Pihaknya juga sudah membuat laporan polis terhadap penyebar video yang menjejaskan reputasi perniagaannya hingga restoran berkenaan diarahkan tutup selama 2 minggu.
__
Dan, pasukan forensik jalankan siasatan di sebuah masjid di Islamabad susulan insiden letupan bom selepas solat Jumaat, semalam.
Insiden itu mengorbankan sekurang-kurangnya 31 orang dan mencederakan hampir 170 yang lain.
Penyerang terbabit telah ditahan di pintu masuk masjid sebelum bertindak meletupkan bahan letupan yang dibawanya.
Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di THR Gegar pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Khamis
7:00am, 8:00am, 9:00am
12:00pm, 6:00pm
Jumaat - Sabtu
10:00am
12:00pm, 1:00pm
Ahad
7:00am. 8:00am, 11:00am
1:00pm
Cuaca