← Back to list
Polis KL Tingkatkan Rondaan Sempena Tahun Baharu Cina
Feb 16, 2026
Polis KL Tingkatkan Rondaan Sempena Tahun Baharu Cina
Polis KL akan tingkatkan rondaan dan risikan sempena sambutan Tahun Baharu Cina bagi banteras penggunaan mercun tanpa kebenaran.
Pihaknya sering terima aduan berkaitan pembakaran mercun pada waktu tengah malam yang ganggu masyarakat khususnya di kawasan perumahan.
Polis turut tegaskan hanya mercun jenis pop-pop dan happy boom boleh digunakan tanpa kebenaran khas manakala mercun berskala lebih besar memerlukan permit polis.
Sementara itu, polis akan jalankan penelitian menyeluruh terhadap satu perhimpunan yang berlangsung di KL semalam biarpun ia berakhir secara aman.
Jelasnya proses semakan dilakukan melalui risikan dan pemerhatian seluruh himpunan itu bagi memastikan tiada isu yang menyentuh sensitiviti kaum, agama dan institusi diraja.
Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di THR Gegar pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Khamis
7:00am, 8:00am, 9:00am
12:00pm, 6:00pm
Jumaat - Sabtu
10:00am
12:00pm, 1:00pm
Ahad
7:00am. 8:00am, 11:00am
1:00pm
Cuaca