← Back to list
Polis ingatkan jangan main mercun selepas 12 tengah malam
Feb 16, 2026
Orang ramai dinasihatkan tidak bermain mercun atau bunga api selepas 12 tengah malam.
Ketua Polis Kuala Lumpur berkata aktiviti itu perlu dielakkan bagi menjamin ketenteraman awam.
Tegasnya, peringatan itu bukan sahaja merujuk kepada perayaan Tahun Baharu Cina semata-mata, sebaliknya untuk semua perayaan sepanjang tahun.
__
MetMalaysia jangkakan cuaca baik pada sebelah pagi sambutan Tahun Baharu Cina, esok kecuali Johor.
Manakala, cuaca sama dijangka berlaku di sejumlah kawasan di Lembah Klang dan beberapa negeri di Selatan pada sebelah petang.
__
Dan, beberapa laluan utama di Lembah Klang lengang dan lancar hari ini berikutan ramai warga kota bercuti panjang sempena Tahun Baharu Cina dan cuti sekolah minggu ini.
Tinjauan di media sosial mendapati orang ramai berkongsi pengalaman teruja apabila perjalanan ke tempat kerja menjadi lebih singkat berbanding biasa.
Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di THR Gegar pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Khamis
7:00am, 8:00am, 9:00am
12:00pm, 6:00pm
Jumaat - Sabtu
10:00am
12:00pm, 1:00pm
Ahad
7:00am. 8:00am, 11:00am
1:00pm
Cuaca