← Back to list
7 Individu Ditahan Kes Tembakan Komander AKPS
Feb 27, 2026
7 Individu Ditahan Kes Tembakan Komander AKPS
7 individu termasuk seorang wanita warga Thailand bagi bantu siasatan kes tembakan terhadap komander AKPS Bukit Kayu Hitam, Rabu lalu.
Ketua Polis Kedah, Datuk Adzli Abu Shah berkata, kesemua mereka ditahan dalam serbuan di sekitar kawasan Bukit Kayu Hitam pada hari yang yang sama.
Pihaknya dalam pada itu akan mewajibkan pemakaian baju kalis peluru ke atas semua anggota yang bertugas di sempadan Malaysia-Thailand bagi tujuan keselamatan.
3 jurulatih PALAPES didakwa menyebabkan kematian Syamsul Haris Shamsudin
3 jurulatih PALAPES mengaku tidak bersalah atas tuduhan melakukan perbuatan yang menyebabkan kematian Syamsul Haris Shamsudin, tahun lalu.
Mahkamah membenarkan setiap tertuduh diikat jamin RM20,000 dengan seorang penjamin dan pasport antarabangsa diserahkan kepada mahkamah.
Pihaknya menetapkan 13 April depan untuk sebutan semula kes bagi lantikan peguam, serahan dokumen dan kehadiran peguam pemerhati pihak keluarga mangsa.
Terdahulu, kes kematian pegawai kadet PALAPES UTM itu diklasifikasikan sebagai mati mengejut sebelum Jabatan Peguam Negara arahkan kes itu disiasat semula sebagai kes bunuh.
Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di THR Gegar pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Khamis
7:00am, 8:00am, 9:00am
12:00pm, 6:00pm
Jumaat - Sabtu
10:00am
12:00pm, 1:00pm
Ahad
7:00am. 8:00am, 11:00am
1:00pm
Cuaca