← Back to list
PM ingatkan rakyat patuhi SOP
Jul 31, 2020
Patuhi SOP sempena perayaan Aidiladha - PM

Perdana Menteri ingatkan semua rakyat Malaysia agar mematuhi SOP ketat ketika sambutan Aidiladha yang bermula hari ini.
Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata ianya sebagai langkah mengelakkan penularan COVID-19 di negara ini.
Dalam perkembangan berkaitan, kerajaan tidak akan berkompromi dengan individu yang ingkar arahan pemakaian pelitup muka di kawasan sesak serta pengangkutan awam mulai esok.
Ini selepas kerajaan mewajibkan perkara tersebut ekoran jumlah kes COVID-19 yang kembali meningkat di negara ini.
---
Tiada kluster baru, tak perlu tutup sekolah

Tiada kluster COVID-19 baru dikesan di Sabah!
Ketua Pengarah Kesihatan memaklumkan perkara itu selepas pensampelan pelajar dan guru di sebuah sekolah di negeri tersebut menunjukkan keputusan negatif.
Namun, 6 kes positif COVID-19 dikesan di Kedah berpunca daripada kluster Sivagangga, India manakala 63 yang lain didapati negatif.
Ini selepas ujian saringan dijalankan ke atas 143 individu dengan 70 lagi individu masih menunggu keputusan.
Kementerian juga tidak menggalakkan penutupan sekolah di Sabah dan Kedah sebaliknya menggesa pihak sekolah melakukan proses sanitasi.
---
Tiada kebimbangan ibadah korban dijalankan di pusat penyembelihan

Umat Islam digalakkan untuk laksanakan ibadah korban tahun ini di pusat penyembelihan haiwan.
Menteri Hal Ehwal Agama berkata ianya sebagai langkah untuk mengelakkan penularan wabak COVID-19 di negara ini.
Datuk Zulkifli Mohamad Al Bakri turut beri jaminan bahawa ibadah korban di pusat penyembelihan dijalankan mengikut syariat agama.
Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di THR Gegar pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Khamis
7:00am, 8:00am, 9:00am
12:00pm, 6:00pm
Jumaat - Sabtu
10:00am
12:00pm, 1:00pm
Ahad
7:00am. 8:00am, 11:00am
1:00pm
Cuaca