← Back to list
Jenazah Pegawai Kanan Polis Baling selamat disemadi
Apr 19, 2017
Pasangan suami isteri yang meninggal dunia dalam nahas jalan raya di Baling, Kedah semalam telah dikebumikan di kampung halaman mereka di Tanah Merah, Kelantan.
Tragedi itu menyebabkan 5 anak pasangan terbabit menjadi yatim piatu, dengan 4 daripadanya cedera akibat turut terlibat dalam kemalangan tersebut.
Dua daripada kanak-kanak 4 beradik yang cedera itu dijadual menjalani pembedahan hari ini ekoran pelbagai kecederaan termasuk patah pergelangan tangan dan paha.
Pemandu wanita yang ditahan berkaitan kemalangan tersebut dilapor akan dibawa ke mahkamah hari ini untuk pihak polis mendapatkan perintah reman ke atasnya.
Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di THR Gegar pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Khamis
7:00am, 8:00am, 9:00am
12:00pm, 6:00pm
Jumaat - Sabtu
10:00am
12:00pm, 1:00pm
Ahad
7:00am. 8:00am, 11:00am
1:00pm
Cuaca