← Back to list
PRK Port Dickson babitkan pertandingan 7 penjuru
Sep 29, 2018
PRK Port Dickson libatkan pertandingan 7 penjuru

Foto - Malaysia Gazette
Pilihan Raya Kecil Parlimen Port Dickson bakal menyaksikan pertandingan 7 penjuru, babitkan dua wakil parti politik dan lima calon bebas.
Dua calon parti politik adalah Datuk Seri Anwar Ibrahim dari Pakatan Harapan dan Leftenan Kolonel (B) Haji Nazari Mokhtar dari PAS.
Antara calon bebas yang bertanding ialah bekas Pengerusi Felda, Tan Sri Isa Samad dan bekas pembantu peribadi Datuk Seri Anwar, Saiful Bukhari Azlan.
PRK Port Dickson akan berlangsung pada 13 Oktober depan dengan hari pengundian awal ditetapkan pada 9 Oktober.
-----
Ingin berkelah di air terjun? semak cuaca terlebih dahulu

Foto - Google
Orang ramai diingatkan untuk dapatkan maklumat cuaca terlebih dahulu sebelum melakukan aktiviti perkelahan di air terjun dan jeram di Selangor.
Bomba Selangor berkata, langkah itu untuk pastikan mereka tidak terlibat dalam sebarang kejadian tidak diingini ekoran cuaca tidak menentu ketika ini.
Dari awal tahun sehingga kini, 53 kes kematian akibat lemas dan hilang dalam hutan dicatatkan di destinasi tumpuan aktiviti perkelahan di Selangor.
-----
Jeruk kulit limau tercemar plumbum tidak diimport ke Malaysia

Foto - Google
Kementerian Kesihatan sahkan, jeruk kulit limau dari China yang dikesan mengandungi plumbum, tidak diimport ke Malaysia.
Namun, sebagai langkah berjaga-jaga kementerian melalui Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan telah meningkatkan pemantauan ke atas semua jenis jeruk buah kering yang diimport dari China.
Pengguna yang mempunyai sebarang kemusykilan berhubung sebarang isu keselamatan makanan boleh menghubungi Pejabat Kesihatan Daerah atau melayari Facebook Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan, Kementerian Kesihatan Malaysia.
Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di THR Gegar pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Khamis
7:00am, 8:00am, 9:00am
12:00pm, 6:00pm
Jumaat - Sabtu
10:00am
12:00pm, 1:00pm
Ahad
7:00am. 8:00am, 11:00am
1:00pm
Cuaca