← Back to list
Wabak Deman Campak Punca Kematian Orang Asli Kuala Koh
Jun 17, 2019
Wabak demam campak disahkan punca kematian Orang Asli Kuala Koh, di Gua Musang.
Kementerian Kesihatan berkata berdasarkan ujian makmal, 37 orang asli di kawasan terbabit positif menghidap wabak berkenaan.

Manakala ujian makmal lain seperti untuk Tibi dan Kencing Tikus adalah negatif.
Setakat ini 15 orang asli meninggal dunia akibat penyakit itu, dengan yang terbaru seorang kanak-kanak berusia 3 tahun.
Bukit Aman Tubuh Pasukan Khas Siasat Video Intim Haziq
Pasukan khas ditubuh bagi menjalankan siasatan berhubung video intim yang dikaitkan dengan Setiausaha Sulit Timbalan Menteri Industri Utama.

Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Mazlan Mansor berkata pasukan itu dianggotai oleh JSJ Bukit Aman, Jabatan Forensik Polis dan SKMM.
Setakat ini, 17 laporan polis dan 21 keterangan dirakam berkaitan video intim berkenaan.
Lebih 250 Petugas Kesihatan Diterbangkan Ke Mekah
Lebih 250 pegawai dan kakitangan termasuk doktor pakar akan ditugaskan di Tanah Suci sempena musim haji tahun ini.

Menurut Kementerian Kesihatan, pemilihan petugas dibuat berdasarkan kelayakan, kepakaran dan pengalaman yang dimiliki.
Penerbangan pertama jemaah haji Malaysia akan berlepas pada 4 Julai depan.
Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di THR Gegar pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Khamis
7:00am, 8:00am, 9:00am
12:00pm, 6:00pm
Jumaat - Sabtu
10:00am
12:00pm, 1:00pm
Ahad
7:00am. 8:00am, 11:00am
1:00pm
Cuaca