Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

THR GEGAR

Permata Pantai Timur

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

THR GEGAR

Permata Pantai Timur

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

THR GEGAR

Permata Pantai Timur

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

HITZ Segmen Terkini

THR GEGAR

Permata Pantai Timur

← Back to list

COVID-19: Malaysia Memasuki Fasa Pemulihan

Apr 28, 2020


COVID-19: Malaysia Memasuki Fasa Pemulihan

Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) membuahkan hasil apabila Malaysia kini memasuki fasa pemulihan COVID-19.

Ketua Pengarah Kesihatan berkata, ia susulan lengkok pada graf jangkitan wabak itu sudah dapat diratakan.

Bagaimanapun menurut Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, biarpun kes positif COVID-19 berada pada 2 angka sejak seminggu lalu ia bukan bermakna jangkitan wabak itu sudah berakhir.

Justeru semua pihak perlu meneruskan usaha melalui pelaksanaan PKP, kawalan sempadan, menjaga penjarakan sosial dan amalan kebersihan diri bagi terus mengawal jangkitan.

Malaysia merekodkan 95 lagi kes sembuh semalam dan hanya 40 kes baru dilaporkan.

Manakala satu lagi kematian direkodkan membabitkan lelaki warga Malaysia berumur 78 tahun.

PKP: Pelajar Universiti & IPT Mula Pulang 

Seramai 1,128 pelajar Institut Pendidikan Tinggi Awam dan Institut Pendidikan Tinggi Swasta telah bergerak pulang ke kampung halaman masing-masing mulai semalam.

Proses penghantaran pulang melibatkan 9 universiti yang terlibat dan 49 buah bas ke 17 destinasi.

Pelajar dikehendaki mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) pergerakan pulang yang telah dikeluarkan sebagai langkah-langkah keselamatan menangani wabak COVID19.

COVID-19: Itali Mahu Longgar Sekatan

Itali akan melonggarkan sekatan yang dilaksanakan sejak 7 minggu lalu susulan penularan COVID-19.

Menurut Perdana Menterinya, Giuseppe Conte, sekatan akan mula dilonggarkan pada 4 Mei.

Ia akan menyaksikan rakyat negara itu dibenarkan melawat keluarga tetapi dalam jumlah yang kecil.

Taman awam, kilang dan tapak pembinaan juga akan dibuka semula namun sekolah kekal ditutup sehingga September.

Pengumuman mengenainya dibuat ketika Itali mencatatkan lebih 300 kematian terbaru akibat pandemik COVID-19.

Jumlah kematian di negara itu ekoran wabak tersebut pula melebihi 26,000 orang yang juga tertinggi di Eropah.

Difahamkan juga, Switzerland dan Sepanyol turut mempertimbangkan untuk melonggarkan sekatan.


Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di THR Gegar pada waktu-waktu berikut:

Isnin - Khamis

7:00am, 8:00am, 9:00am
12:00pm, 6:00pm

Jumaat - Sabtu

10:00am
12:00pm, 1:00pm

Ahad

7:00am. 8:00am, 11:00am
1:00pm
 

Cuaca

 

 

Ads With Us Ads With Us Ads With Us