Kredit: Forcreativejuices.com & GQ.com
Anda dah cuci pakaian dalam mesin basuh, dan seperti biasa, anda pun bersiap nak sidai pakaian. Sambil belek-belek baju, anda dapati pakaian putih anda kelihatan kekuningan. Kenapa ya?
Ada banyak punca yang menyebabkan kesan kekuningan pada baju putih. Antaranya kerosakan pada mesin basuh, bahan pewarna luntur, tersalah tetapan mesin basuh, bekas serbuk pencuci pakaian tersumbat, atau paip air yang berkarat.
Ikuti lima tips berkesan ni untuk elakkan kesan kekuningan pada baju putih:
#1 Gantikan penggunaan peluntur dengan baking soda, cuka atau lemon
Penggunaan peluntur yang terlalu kerap boleh menyebabkan baju putih bertukar kepada kekuningan. Sebaiknya, gantikan peluntur dengan penggunaan baking soda, lemon atau cuka ke bersama-sama serbuk pencuci agar baju putih bersih dan tahan lebih lama.
#2 Campurkan serbuk penaik atau borax dengan serbuk pencuci
Kalau nak pakaian anda nampak lebih putih dan bersih, cuba campurkan satu cawan serbuk penaik atau setengah cawan borax bersama serbuk pencuci.
#3 Segera cuci pakaian putih
Setiap kali selepas pakai pakaian putih, segera rendam pakaian anda supaya kesan kekuningan seperti deodoran tidak melekat. Anda juga boleh meletakkan ubat gigi dan gosok kawasan terlibat sehingga kekuningan hilang.
Ketiga-tiga tips di atas hanyalah jalan penyelesaian sementara bagi menangani masalah kesan kekuningan pada pakaian. Kalau anda benar-benar nak selesaikan masalah ni, sebaiknya pasanglah sebuah penapis air luar kediaman.
Penapis air luar kediaman boleh menapis bahan pencemar seperti karat, pasir dan lumpur. Secara tak langsung membantu mengelakkan kesan kecoklatan pada baju putih yang dicuci.
Paip air tanpa sistem tapisan luar rumah biasanya dipenuhi dengan pelbagai bakteria dan virus. Dengan penapis inianda boleh meningkatkan kebersihan air di rumah.
Apa kata anda cuba gunakan PRIME X1 oleh CUCKOO, sebuah penapis air luar kediaman yang menggunakan sistem penapis PVDF dengan jenis penapis yang canggih iaitu Hollow Fibre Ultra Filtration Membrane.
Dengan tapisan ultra ni, bakteria dan kotoran sekecil 0.01 mikron dapat disingkirkan. Penapis ini turut didatangkan dengan fungsi auto-flush yang mana air kekuningan akan dikeluarkan secara automatik mengikut masa, membuatkan mesin basuh mudah untuk dicuci.
Untuk info lanjut tentang PRIME X1, layari di sini.
Anda boleh dapatkan PRIME X1 ni pada harga serendah RM75 sebulan dengan Promosi CUCKOO GOOOD Plan.
Untuk info lanjut mengenai promosi ni, layari di sini.
Kalau nak air yang bersih, jangan lepaskan peluang ni!
93% pengguna CUCKOO Prime X1 menyatakan bahawa kualiti air di rumah mereka bertambah baik sejak menggunakan penapis air luar kediaman. Mari kita dengar pendapat mereka!
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.