Beberapa hari lepas, Mahkamah Majistret Taiping telah mengarahkan Muhammad Izwan Shah Kamal Shah untuk membayar RM100,000 kepada Skop Productions kerana kesalahan menyebarkan filem Munafik 2 secara haram di laman Instagram dan Facebook miliknya yang menggunakan nama Sasuke Kun.
Selepas dikenakan tindakan, luahan hati Izwan menarik perhatian netizen. Menerusi laman Facebook peribadi miliknya, Izwan menyesali perbuatannya menerusi salah satu entrinya.
Antara isi kandungannya termasuklah permohonan maaf kepada Datuk Yusof Haslam dan Syamsul Yusof dan menyesali perbuatannya. Izwan turut mengakui sukar untuk mendapatkan RM100,000 untuk membayar denda tetapi akan berusaha mencari jalan. Di akhirnya dia menasihati netizen agar hentikan perbuatan menyebar filem atau melanggar hakcipta agar tidak menerima nasib yang sama sepertinya.
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.