Hantu Kak Limah cipta dimensi baru perfileman dan buat julung kali dalam sejarah perfileman tanah air menyaksikan filem tempatan berjaya meraih kutipan pecah panggung RM32.5 juta menerusi filem Hantu Kak Limah arahan Mamat Khalid.
Pihak penerbit Astro Shaw dan Infinitus Gold sama sekali tidak menjangkakan sambutan Hantu Kak Limah mampu pergi sejauh ini dan mengucapkan terima kasih kepada rakyat Malaysia, Brunei dan Singapura kerana menyokong filem ini. Malah, menariknya, ramai penonton yang sudah menyaksikan filem ini lebih dari 7 kali. Ternyata filem ini adalah untuk hiburan sekeluarga.
HKL masih ditayangkan di 148 pawagam di Malaysia, Brunei dan Singapura.
Memang powerlah!
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.