#1 Let's Eat
Menceritakan tentang seorang lelaki yang bekerja sebagai egen insuran dan sangat menggemari makanan - makan enak. Lelaki tersebut juga merupakan seorang blogger terkenal. Drama ini ditayang setiap hari Isnin dan Selasa di TvN.
#2 Thirty But Seventeen
Mengisahkan tentang seorang jejaka berusia 30 tahun yang bekerja sebagai pereka set dan memiliki trauma sehingga menyebabkan dia tidak mahu ada hubungan dengan orang lain.
Ia turut menceritakan tentang seorang wanita yang mengalami kemalangan pada usia 17 tahun dan mengalami koma selama 13 tahun. Wanita tersebut terjaga pada usia 30 tahun dan secara tak perkara tersebut memberi kesan kepada personalitinya. Walaupun dia kelihatan seperti wanita 30 tahun secara fizikal tetapi mentalnya masih 17 tahun.
Drama ini ditayangkan setiap hari Isnin dan Selasa di SBS.
#3 Time
Menceritakan tentang nasib Chun Soo-Ho yang menghadapi kematian. Ia kemudian membantu Seol Ji Hyun yang hidupnya hancur. Drama bergenre melodrama ini ditayangkan setiap hari Rabu dan Khamis di MBC.
#4 Lovely Horribly
Menceritakan tentang dua orang yang dilahirkan pada saat yang sama dan berkongsi takdir. Salah seorangnya bernasib baik dan seorang lagi bernasib malang. Ditayangkan setiap Isnin dan Selasa di KBS2
#5 Life
Menceritakan keadaan darurat sebuah rumah sakit dengan seorang doktor yang memiliki hati yang tegas manakala pemilik rumah sakit tersebut seorang yang mesra. Pelbagai konflik bertentangan berlaku menjadikan drama ini semakin menarik. Ditayangkan setiap hari Isnin dan Selasa di JTBC
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.