Bila tiba musim peperiksaan ni, selain anak-anak, ibu bapa antara orang paling risau. Anak-anak dah tentu siang malam ulang kaji, mak ayah pun tidak boleh lena... Siang malam berdoa supaya urusan anak-anak menjawab soalan peperiksaan dipermudahkan.
Hari ini semua pelajar tingkatan lima mula menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Beberapa orang selebriti turut sama ambil peperiksaan SPM termasuklah Ben Ladin dan As’ad Motawh. Begitu juga dengan anak lelaki Sheila Rusly.
Dalam satu posting di Instagram, Sheila berkongsi sedikit tips untuk anak-anak yang sedang mengambil SPM. Menurutnya, mulakan dengan Surah Al-Fatihah, selawat, Subhanallah, Alhamdulillah, Allahuakbar dan Al Hayyu Ya Qayyum.
Semoga semua yang menduduki SPM bermula hari ini akan memperolehi kejayaan yang cemerlang.
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.