Menerusi satu hantaran di laman sosial Shaheizy Sam, beliau mengumumkan perkhabaran gembira apabila isteri tercinta, Syatilla Melvin selamat melahirkan bayi mereka tanggal 8 Syawal bertempat di salah sebuah hospital swasta di ibu negara.
![[tahniah] shaheizy sam & syatilla melvin selamat timang anak ketiga](https://media2.fishtank.my/media/gegar/assets/articles/samtilla_square_1.jpg)
Walau bagaimanapun, jantina serta nama anak masih belum didedahkan.
Tanggal lahir bayi ini juga bersamaan dengan anak sulung mereka, Syeriv Samheizy, 5 tahun.
Shaheizy Sam dan Syatilla Melvin selamat diijabkabulkan pada 8 Februari 2016 dan dikurniakan dua orang chaya mata sebelumnya iaitu, Syeriv Samheizy, 5 tahun dan Sarima Samheizy, 2 tahun.
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.