Komposer dan penyanyi rap, Altimet tukarkan van syarikat miliknya dijadikan sebagai ambulans mampu guna untuk golongan yang memerlukan sebagai jariah.
Van tersebut akan disumbangkan kepada Pertubuhan Wilayah Ummah Malaysia selepas selesai proses diubah suai.
“Hujung minggu yang lepas ni saya melawat van syarikat saya yang sedang ditukar menjadi ambulans mampu guna untuk orang Malaysia.
Esok saya post video dia ok? Ya, saya tahu satu ambulans je kami mampu buat, rakyat Malaysia 30 juta lebih. Tapi pelan-pelan kayuh.
Moga kenderaan ini boleh bawak manfaat kat kita semua. Terima kasih semua yang menyumbang. @onenationcentre let’s gooooo!!!! #kitajagakita #ambulansjariah,” tulisnya dalam satu hantaran di Instagram.
Altimet berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram. Difahamkan kos ubah suai bagi van tersebut dibiayai oleh pertubuhan, melalui dermaan daripada orang ramai.
Rata-rata memuji usaha murni Altimet dan mendoakan semoga urusannya dipermudahkan.
Sumber: Instagram
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.