Walaupun dah 56 tahun, Tom Cruise seperti tak dimamah usia, masih segak dan mampu melakukan scene lasak. Iya, dia tidak membawa watak ayah atau atok tetapi dalam filem terbaharunya Mission: Impossible- Fallout, Tom Cruise yang membawakan watak utama sanggup terjun dari kapal terbang untuk menjayakan filem itu.
Terjun yang dikenali sebagai HALO itu merupakan antara terjun khas ketenteraan sahaja. Mereka akan terbang setinggi mungkin dan membuka payung terjun pada paras serendah yang mungkin. Cara ini adalah untuk mengelak daripada dikesan pihak musuh. Dan hanya tom Cruise sahaja pelakon yang berani membuat terjunan tersebut.
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.