Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

GEGAR

Permata Pantai Timur

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

GEGAR

Permata Pantai Timur

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

GEGAR

Permata Pantai Timur

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

HITZ Segmen Terkini

GEGAR

Permata Pantai Timur

Cerita Kedai Kopi

Reda Tanggung Sakit Akibat Kesan COVID-19, Ashraf Muslim Jalani Rawatan Bahu

Ashraf alami kesakitan di bahu dan siku akibat jangkitan COVID-19.
nura
09 Jun 2021, 03:32 PM

Pelakon Ashraf Muslim yang pernah dijangkiti virus COVID-19 pada tahun lalu, kini mengalami masalah otot di bahunya kesan akibat jangkitan virus tersebut.

Ashraf akui, dia mengalami kecederaan 'acromioclavicular joint' di bahu dan sikunya sehingga perlu mendapatkan rawatan lanjut dan kini sedang menjalani rawatan.

reda tanggung sakit akibat kesan covid-19, ashraf muslim jalani rawatan bahu

Menerusi hantaran di Instagram, Ashraf turut berkata dia reda menanggung kesakitan yang dihadapinya ketika ini.

"Ini semuanya kesan COVID-19. Tapi saya reda sajalah. Saya kena buat rawatan bahu sebab ada masalah 'acromioclavicular joint injury shoulder and elbow'. Sebelum ni kena scapula. Selepas itu kena pula 'acromioclavicular joint'.

"Dr Rahmani tanya pernah cedera atau pun hentakan sebelum ini sehingga sakit waktu itu. Saya jawab tiada sebab sakitnya datang tiba-tiba saja masa kena COVID-19 waktu kuarantin. Dia kata ada dua sebab perkara ini terjadi, pertama hentakan yang kuat atau pun disebabkan virus. Kesannya otot kawasan tu mengecut.

"Tapi AC joint tu sebagai kesan sampingan saja. Masalah utama adalah otot kecut selepas jangkitan virus menyebabkan sendi jadi lapse," katanya.

reda tanggung sakit akibat kesan covid-19, ashraf muslim jalani rawatan bahu

Meskipun sudah pulih dan bebas daripada virus berkenaan, pelakon berusia 40 tahun itu berkata COVID-19 meninggalkan kesan pada tubuh badannya.

"Jadi memang jelas kena COVID-19 sebab virus ini masuk dalam darah dan benda ini buat kerjalah. 

"Apa yang saya perasan, memang saya seorang yang aktif bersukan seperti rugbi, hoki, bola keranjang dan kecederaan itu perkara biasa. Tapi apabila sudah tua mungkin ada bahagian dalam tubuh badan kita pernah cedera jadi virus ini senang buat kerja di kawasan itu.

"Tidak mengapa kita reda dengan apa yang Allah berikan ini sebab Allah nak kita ingat pada Dia selalu," katanya.

 

 

Sekadar info, Ashraf disahkan positif jangkitan wabak COVID-19 selepas sahaja pulang dari menjalani penggambaran drama di Scotland pada 31 Mac tahun lalu.

Sejak disahkan positif  wabak berkenaan 12 April tahun lalu, Ashraf menjalani tempoh kuarantin selama 25 hari  di Hospital Sungai Buloh. 

Sumber: Harian Metro / Instagram

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

Menarik

  • {{related.category}}

    {{related.name}}

     {{related.DocumentPublishFrom | date:"dd MMMM yyyy h:mma"}}