Sudah bergelar isteri kepada Engku Emran, Noor Nabila mendoakan kebahagiaan keluarga baharunya bersama suami tercinta.
Nabila berharap agar dia dan suami serta anak-anak mereka, Engku Aleesya dan Jebat Jayden menjadi sebuah keluarga yang bahagia.
Nabila berkongsi perkara tersebut dalam sebuah hantaran di akaun Instagram miliknya.
“Ya Allah berkatilah keluargaku ini, semaikanlah hati kami dengan cinta, kasih sayang dan kebahagiaan. Ameen ameen ya Rabb,” tulisnya.
Dalam hantaran tersebut, Nabila memuat naik beberapa gambar keluarga baharunya di hari pernikahan yang berlangsung pada Jumaat lalu.
Meninjau ke ruangan komen, rata-rata pengikutnya turut meninggalkan kata-kata manis dan turut mendoakan mereka.
Sebelum ini, Nabila pernah mendirikan rumah tangga dengan aktor terkenal, Sharnaaz Ahmad. Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang putera, Jebat Jayden. Namun, perkahwinan mereka tidak bertahan lama.
Engku Emran juga pernah dua kali bernikah, namun kedua-dua perkahwinannya itu gagal di pertengahan jalan.
Perkahwinan pertama Engku Emran dengan artis terkenal, Erra Fazira dan dikurniakan seorang puteri, Engku Aleesya.
Sementara itu, pernikahan keduanya dengan pelakon Indonesia, Laudya Cynthia Bella hanya bertahan selama 2 tahun.
Sumber: Instagram / Gempak
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.