Beberapa hari lalu, penyanyi Dr Soo Wincci selamat terima dos pertama vaksin AstraZeneca (AZ) dan beliau didapati tidak mengalami apa-apa simptom ataupun demam.
Dalam satu hantaran di Instagram, Soo Wincci menyatakan bagi mengelakkan dirinya daripada demam, dia mengamalkan minum air kelapa sebelum dan selepas menerima suntikan vaksin Covid-19 tersebut.
“Hari kedua selepas dapatkan AZ saya minum banyak air kelapa.
“Bersyukur tiada demam atau apa-apa simptom,” tulisnya.
Menerusi entri tersebut, Soo Wincci muat naik gambar segelas air kelapa yang diamalkan.
Meninjau ke ruangan komen, rata-rata pengikutnya mengucapkan terima kasih atas tip yang diberikan.
Beliau yang kini sedang melanjutkan pengajian peringkat doktor falsafah kedua dalam bidang produksi artistik di Valencia, Sepanyol baru sahaja pulang ke Malaysia untuk bercuti rehat.
Sumber: Instagram
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.