Pada jam 10 pagi tadi di Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), dengan sekali lafaz pasangan selebriti Harris Alif, 22 dan Intan Ladyana, 38, telah selamat diijabkabul.
Majlis dihadiri oleh 14 orang yang terdiri daripada keluarga terdekat dan dijalankan di bawah SOP ketat.
Memetik laporan Gempak, Harris melepaskan nafas lega dan sudah bersedia untuk menjalankan tanggungjawab sebagai seorang suami.
“Saya akui agak gementar ketika mahu mulakan akad nikah, tetapi Alhamdulullah, selepas sekali lafaz, saya berasa lega.
“Pada masa yang sama, saya terus sedar akan tanggungjawab yang perlu dijalankan sebagai suami, dan Insya-Allah sebagai bapa suatu hari nanti,” katanya.
Pada majlis tadi, Harris menyerahkan mas kahwin berupa set perhiasan barang kemas dan sebentuk cincin berlian. Manakala barangan hantaran iaitu sembilan dulang daripada pihak pengantin perempuan berbalas tujuh dulang daripada pihak pengantin perempuan berbalas tujuh dulang daripada pihak lelaki tidak dibawa bersama sebagai mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan.
Terdahulu, pasangan ini menyulam cinta sejak Mac tahun lalu dan mengumumkan Harris telah merisik Intan pada Julai 2020.
Sumber: Gempak
Kredit foto: Sony Music Malaysia & Fillea Studio
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.