Cerita Kedai Kopi P. Ramlee Hero Asia Hingga Kini, Inspirasi Henry Golding Tak malu mengakuinya di kalangan media Hollywood. Editor 17 Aug 2018, 09:31 AM Share Tweet Still can't get over this image, been a huge fan of @fallontonight for the longest time... On air right now! 🤩 Styling: @davethomasstyle with @prada Grooming: @melissaadelaide 📷: Andrew Lipovsky/NBCA post shared by Henry Golding (@henrygolding) on Aug 15, 2018 at 8:39pm PDTDia boleh sebut mana-mana nama pengarah dan pelakon Hollywood terkenal tetapi Henry Golding, selebriti yang sebelum ini terkenal sebagai pengacara sebelum menempa nama di Hollywood memuat naik kenyataan ketika ditemubual wartawan Hollywood di akaun Instagramnya yang mengakui seniman agung Tan Sri P Ramlee menjadi inspirasi nombor satunya untuk berjaya dalam lakonan. When @hollywoodreporter asked about who inspired me as a kid growing up, without fail... This man 👊🏼🔥 if you know, you know 🤩A post shared by Henry Golding (@henrygolding) on Aug 16, 2018 at 6:05am PDTMenurutnya “Pertama kali saya tahu bila besar nanti saya mahu berada di skrin TV adalah sewaktu saya masih kecil di Malaysia. Ada seorang pelakon prolifik dan legenda sepanjang masa diberi nama P Ramlee. Dia adalah Frank Sinatra atau Charlie Chaplin versi Malaysia. Dia menyanyi, berlakon, mengarah, menulis dan menghasilkan karya yang diingati selamanya. Dan sehingga kini dia masih seorang hero di Asia”. A post shared by Henry Golding (@henrygolding) on Aug 10, 2018 at 7:37am PDTHenry mencipta pencapaian membanggakan apabila diberi kepercayaan memegang watak utama sebagai Nick Young dalam filem Crazy Rich Asians. Dia berkenaan turut bergandingan dengan aktres Hollywood gred A iaitu Blake Lively dan Anna Kendrick menerusi filem A Simple Favor yang dijadualkan tayangannya pada bulan depan.Sumber: Instagram/Henry Golding Share Tweet Filled Under : selebriti hollywood *Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.