Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

GEGAR

Permata Pantai Timur

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

GEGAR

Permata Pantai Timur

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

GEGAR

Permata Pantai Timur

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

HITZ Segmen Terkini

GEGAR

Permata Pantai Timur

Cerita Kedai Kopi

kekal cergas dan sihat ketika berpuasa

BERPUASA bukanlah alasan untuk berhenti membuat senaman selama sebulan.-
raja muhammad faiz
27 Mar 2023, 11:50 AM

kekal cergas dan sihat ketika berpuasa

Bulan Ramadan sangat dinanti-nantikan oleh umat Islam seluruh dunia kerana inilah masa untuk menunaikan rukun Islam ketiga yang menjanjikan pahala berlipat kali ganda dan juga sangat baik untuk kesihatan tubuh badan.

Namun, bagi kebanyakan orang, waktu berpuasa yang panjang boleh menyebabkan dehidrasi, keletihan, gula dalam darah rendah dan sakit kepala terutamanya jika tidak minum air secukupnya serta tidak mengambil makanan berkhasiat ketika berbuka.

Sehubungan itu, berikut Relevan huraikan lima tip kekal bertenaga dan sihat semasa berpuasa seperti dikongsikan oleh International SOS.

1. Tidur dan rehat secukupnya

Ramadan adalah masa untuk memperbanyakkan amal ibadah. Walau bagaimanapun, anda perlulah mendapatkan rehat dan tidur yang cukup sekurang-kurangnya lapan jam.

Apabila badan dan minda mendapat rehat yang mencukupi akan memudahkan anda untuk menumpukan perhatian di tempat kerja dan bertenaga sepanjang hari.

2. Kekal hidrasi

Dahaga boleh memberi cabaran besar ketika kita berpuasa sehingga menyebabkan kita minum terlalu banyak air ketika berbuka puasa.

Cara terbaik untuk menghidratkan semula badan yang berpuasa dan mengekalkan penghidratan ini lebih lama adalah dengan mempercepatkan pengambilan cecair anda dengan mengambil sekurang-kurangnya dua liter air (satu atau dua gelas) ketika berbuka dan bersahur.

Ia juga membantu mengurangkan minuman berkafein pada waktu malam. Tambahkan juga pengambilan cecair anda dengan sup, buah-buahan dan sayur-sayuran yang kaya dengan air seperti timun dan tembikai.

 3. Ambil makanan sihat dan berkhasiat

Adalah penting untuk memenuhi keperluan vitamin dan mineral begitu juga dengan pengambilan garam dan gula. Selepas seharian berpuasa, elakkan memuaskan nafsu dengan minuman bergas dan tinggi kandungan gula.

Sebaliknya, pilih makanan yang tidak diproses seperti buah-buahan dan makan karbohidrat kompleks seperti nasi, roti dan bijirin penuh bersama sayur-sayuran yang akan membuatkan anda kenyang lebih lama.

4. Lakukan lebih banyak kerja pada waktu pagi

Jika boleh, jadualkan tugasan sukar yang memerlukan tumpuan lebih atau usaha fizikal pada waktu pagi.

Jadualkan mesyuarat penting pada separuh pertama hari, kerana pada waktu itu tenaga anda masih bertenaga dan berupaya untuk mengekalkan maklumat baharu.

5. Jangan berhenti bersenam

Walaupun anda berasa lebih letih ketika berpuasa tetapi ia bukanlah alasan untuk berhenti membuat senaman selama sebulan sedangkan ada perlu membakar kalori apatah lagi kebanyakan makanan diambil pada waktu malam.

Senaman sederhana adalah dinasihatkan kerana ia akan membantu anda berasa kurang lesu.

Jangan terus lakukan senaman selepas iftar, sebaiknya tunggu beberapa jam selepas itu.. 

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

Menarik

  • {{related.category}}

    {{related.name}}

     {{related.DocumentPublishFrom | date:"dd MMMM yyyy h:mma"}}