Zaman sekarang ini, media sosial dilihat sebagai medium yang paling penting. Platform media sosial bukan sahaja digunakan untuk tujuan peribadi tetapi ramai menggunakannya untuk urusan perniagaan. Lagi-lagi para selebriti, tapi hal ini berbeza buat penyanyi rap, Loca B.
Menurut Loca B atau nama sebenarnya, Nabilah Hani Azali, 29, dia mengambil keputusan untuk cuba menjauhkan diri daripada media sosial buat seketika sejak dua bulan lalu.
“Saya matikan notifikasi di media sosial sejak dua bulan agar tidak selalu menghabiskan masa terlalu kerap di sini bagi mendapatkan sedikit ketenangan.
“Media sosial sering memberikan rasa kebimbangan melampau (anxiety) pada diri saya.
“Tapi saya sangat menghargai anda semua yang selalu tag dan tulis mesej kepada saya. Maaf saya tak dapat nak balas,” katanya.
Terdahulu, ada beberapa selebriti popular turut berkongsi pengalaman serangan kebimbangan atau anxiety attack seperti Diana Danielle, Remy Ishak dan Ardell Aryana sehingga ia mengganggu fokus mereka terhadap kerjaya seni.
Dalam perkembangan lain, Loca berkata dia bakal tampil dengan single baharu selepas sambutan perayaan Hari Raya Aidilfitri nanti.
Nama penyanyi rap ini berlonjak naik selepas lagu nyanyiannya bersama Kaka Azraff dan Noki bertajuk Gila memenangi anugerah pada bulan lalu.
Sekadar info, Loca mendirikan rumah tangga dengan salah satu ahli kumpulan K-Clique, Tuju atau nama sebenarnya Muhammad Azree Shah Awang Zambri, 25, pada awal tahun lalu.
Mereka dikurniakan seorang anak lelaki, Bintang Aiko yang dilahirkan pada November lalu.
Loca turut mempunyai seorang anak lelaki yang kini berusia 5 tahun bernama Yusuf Alexander daripada perkahwinan terdahulu.
Sumber: Instagram
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.